Saturday, February 19, 2011

MENIRU GAYA HIDUP ORANG KAFIR


Dunia dah nak kiamat....


Di dalam dunia yang serba mencabar ini,manusia menjadi semakin lalai dalam mengerjakan tanggungjawab sebagai seorang muslim.Hal ini berikutan kerana umat Islam di zaman ini telah dihidangkan dengan pelbagai sajian iaitu menjuruskan diri ke arah menjadikan diri ini sebagai hamba kepada hawa nafsu,selain itu juga umat Islam hari ini telah tertanam dalam jiwa mereka unsur-unsur kecintaan terhadap dunia semata-mata.Sedar mahupun tidak sedar,umat Islam hari ini menjadi semakin rosak,ini kerana umat Islam hari ini tidak lagi mengikut ajaran Islam yang sebenar.




Kini,banyak terjadi khusus bagi orang muslim yang meniru musuh-musuh Allah SWT iaitu dari kalangan orang-orang kafir dan kaum musyrikin dari setiap sudut aspek kehidupan,dari cara pemakaian,perkataan dan penampilan,bahkan sampai ada yang paling membimbangkan dalam cara beribadah.Maka yang biasa dijumpai dalam kelakuannya sehari-hari sebahagian kaum muslimin ada yang keterlaluan sehinggakan sampai ada yang ,eniru orang-orang nasroni(kristian)atau tejadinya pertelingkahan dan penyelewengan sebagaimana yang dilakukan oleh orang-orang Yahudi.Ini sesuai dengan hadith Rasulullah SAW:


"Sesungguhnya kamu akan mengikuti cara-cara orang yang sebelum kamu,sedikit demi sedikit,sehingga jika mereka masuk ke lubang biawak,nescaya kamu akan memasukinya......"





Gejala meniru dan menyerupai gaya hidup orang kafir ini terjadi kerana arus globalisasi dan transformasi budaya dari negara-negara barat dan timur serta disebabkan pendedahan kecanggihan pelbagai prasarana alat komunikasi moden.Demikian pula disebabkan oleh lemahnya keimanan dalam hati kaum muslimin dan kurangnya mereka berpegang teguh dengan agama sebagaimana yang dahulu dilakukan oleh para sahabat dan para anbia.Ramai lagi kaum muslimin yang masih kabur dan terpengaruh dengan apa yang mereka lihat dari musuh-musuh Allah SWT ,umat Islam pada hari ini sangat kagum dengan budaya-budaya yang diamalkan oleh orang-orang kristian dan yahudi.





Budaya secular seperti SKIN-HEAD,HIP-HOP,PUNK,NAZI dan sebagainya kini kian menular di kalangan masyarakat kita hari ini dengan mengutamakan perihal dunia dan perjuangan yang hari ini dengan mengutamakan perihal dunia dan perjuangan yang tidak patut diamalkan oleh seseorang yang bergelar dirinya muslim.Hal ini berikutan pengaruh daripada bangsa yahudi,kristian atau sebagainya yang ingin merosakkan akidah umat Islam khususnya padapara remaja hari ini supaya keluar dari landasan Islam iaitu Al-Quran dan hadith.Remaja kini kian alpa dan lalai dengan tipu daya dan pengaruh yang sengaja didatangkan dari negara-negara luar terutamanya negara barat untuk menhancurkan agama yang dipelihara oleh Allah SWT.Kaum muslimin masih lagi kabur dan mereka terpukau dengan apa yang mereka lihat dari musuh-musuh Allah SWT.Kebanyakan para remaja pada hari ini sangat kagum dengan budaya-budaya yang menundukkan diri kepada hawa nafsu sendiri.Oleh sebab ituulah gejala meniru kafir kian merebak di kalangan masyarakat Islam pada hari ini,padahal Allah SWT yelah memperingatkan kita akan cara-cara mereka(orang kafir)untuk menyesatkan umat Islam.Banyak ayat yang Allah SWT telah turunkan di dalam kitabnya untuk petunjuk kita.Firman Allah SWT:

"Dan sekiranya kamu mengikuti hawa nafsu mereka setelah datang ilmu kepada kamu,tentunya kau akan menjadi golongan orang-orang yang zalim."






Dalam sedar atau tidak sedar,umat Islam hari ini telah menjadi HAMBA kepada orang kafir dengan menggunakan budaya mereka yang tidak bertamadun sama sekali.Dari sini kita boleh lihat bahawa di negara barat sendiri khususnya AMERIKA yang mengaku dirinya sebagai polis dunia,terlalu banyak gejala-gejala yang melanda negara itu terutamanya dalam masalah sosial.Ini kerana mereka tidak ditanam dengan nilai-nilai yang murni dan mereka sering menjadikan nafsu mereka sebagai Tuhan sehinggakan berlakunya satu gejala yang dinamakan gejala sosial,seperti pergaulam bebas di sana sini,melakukan seks luar tabii,berbogel di khlayak ramai tanpa ada rasa malu dan banyak lagi.Budaya ini tidak pernah diamalkan oleh orang timur oleh itu kita harus meniru budaya mereka yang tidak munasabah itu?Sedangkan kita pun mempunyai budaya dan imej yang tersendiri.Hal ini banyak difirmankan oleh Allah SWT termasuk firman Allah SWT yang berbunyi;

"Hai orang-orang yang beriman,janganlah kamu sekalian mengambil orang-orang yahudi dan nasroni(kristian)menjadi pemimpin kamu,sebahagian mereka menjadi pemimpin,maka ia termasuk di dalam golongan mereka.Sesungguhnya ia tidak akan memberi petunjuk bagi orang-orang yang zalim."

(Surah al-Maidah:ayat 51)




Pegangan 'SKINHEAD' contohnya,para perjuangan asalnya mereka memperjuangkan bangsa iaitu bangsa nasroni bukan memperjuangkan umat Islam.Barangsiapa yang mengatakan itu adalah untuk memperjuangka Islam ianya adalah menipu dan boleh dianggap sebagai pengkhianat agama.Jika benar dia memperjuangkan agama Islam cuba anda buktikan.Padahal pengasas SKINHEAD itu sendiri berasal dari golongan kaum kristian dan yahudi.Mereka ini sengaja membuat ideology ini untuk meruntuhkan akhlak umat Islam seterusnya menyesatkan umat Islam dari akidah dan syariat Islam.





Oleh itu,sedarlah wahai pemuda Islam bahawa keindahan dan kemewahan hidup di dunia ini adalah sementara waktu sahaja,kita sedia maklum bahawa kita tetap akan menghadapi mati,tetapi entah tidak tahu bila masakan tiba giliran kita.Selain itu juga prinsip mereka ialah kebebasan,iaitu dari segi sosial,ini akan menjurus kita kepada perlakuan yang tidak elok di dalam masyarakat pada umumnya,mereka bebas bergaul antara lelaki dan perempuan dengan melakukan seks bebas dan sebagainya.Selain itu juga budaya ini boleh membawa kemudaratan kepada negara akibat generasi pelapis tampuk kepimpinan negara akan pupus disebabkan kelalaian umat Islam itu sendiri,seterusnya negara akan dijajah dan agama Islam akan terus diperkosa tanpa ada tentangan dari mana-mana pihak khususnya dari umat Islam sendiri.Dari sini kita boleh lihat taktik orang yahudi dan kristian ingin menyesatkan umat Islam dan seterusnya mengusir agama Islam dari muka bumi ini.Nauzubillah Hi Min Zalik!






Agama itu satu,meskipun pelbagai syaratnya.





Ketika menegaskan adanya Islam dan seruan terhadap ahli kitab,Allah SWT berfirman;

"Katakanlah wahai orang-orang mukmin:kami beriman kepada Allah SWT dan apa yang diturunkan kepada kami Ibrahim,Ismail,Ishak,Yaakub dan anak cucunya dan apa yang diberikan kepada Musa dan Isa serta apa yang diberikan kepada nabi-nabi dari tuhannya."




(Sebuah tinjauan ideology Ibnu Taimiyyah)





"Jaga Diri,Hiasi Peribadi."

No comments:

Post a Comment