Wednesday, January 12, 2011

SITI RAHMAH SANGGUP DERITA KERANA TAATKAN SUAMI



Siti Rahmah merupakan salah seorang isteri Nabi Ayub a.s.Beliau seorang isteri yang setia dan sanggup bersama-sama suaminya walaupun menjalani hidup yang amat perit dan getir.Nabi Ayub menghadapi ujian yang amat berat sebelum diangkat menjadi nabi.Harta benda,ternakan dan tanamannya hancur musnah.Anak-anak serta seluruh kaum keluarganya mati dihempap istana kerana angkara syaitan laknatullah terhadapnya.Akibat tidak tahan dengan ujian yang ditanggung,dua daripada isteri Nabi Ayub meningggalkannya kecuali Siti Rahmah.Siti Rahmah pernah mengendong suaminya bersembunyi di sebuah gua kerana di halau oleh orang-orang kampung.Pada masa itu,Nabi Ayub terseksa kerana penyakit kulit dan gatal-gatal yang di alaminya angkara syaitan.




Ketika keluar dari gua untuk mendapatkan makanan,Siti Rahmah diejek dan dihina oleh orang kampung yang mengenalinya.Bukan itu sahaja,beliau terpaksa memotong rambutnya yang panjang untuk ditukarkan dengan makanan.Apabila sudah tidak ada apa-apa makanan,belaiu mencari pucuk-pucuk kayu yang boleh dimakan dan menyuapkannya ke mulut Nabi Ayub.




Begitulah setianya Siti Rahmah yang rela berhadapan dengan penderitaan dan kata-kata nista manusia demi taat dan kasihnya kepada suami.Siti Rahmah tetap sabar,tenang dan redha dengan segala kemungkinan sehinggalah Allah menyembuhkan penyakit Nabi Ayub.

No comments:

Post a Comment