Malah syaitan juga tidak dapat mencuri maklumat mengenai rahsia keikhlasan dan syaitan juga susah dan takut hendak mendekati mereka yang segala perbuatannya kerana menginginkan keredaan Allah SWT.(Rujuk Surah Sad,ayat 79-83)
Ana mahu jadi orang yang kuat.Jadi anan perlu bersihkan dan tetapkan niat ana.Innamal a'malu binniyat.Anda semua bagaimana?Ana ada satu kisah untuk kita berkongsi manfaatnya bersama.
Ada seorang jejaka terjumpa buku di taman.Dalam buku itu tertulis nama dan alamat pemiliknya,dan juga tertera 'Aisyah yang sedang mencari sahabat hati.'
Tergerak hati jejaka itu mengutus surat dan mengembalikan buku kepada si gadis misteri itu.Beberapa hari kemudian si jejaka mendapat balasan daripada si gadis tersebut bahawa dia bersetuju berkawan dengan si jejaka,dan berterima kasih kerana menghantar buku yang hilang itu.
Hari berganti minggu dan minggu bertukar bulan.Persahabatan mula bertukar kepada perasaan sayang.Namun begitu mereka masih belum pernah bertemu.
Si jejaka amat ingin bertemu si gadis misteri dan begitu juga dengan si gadis.
Pada suatu hari,si jejaka di panggil berkhidmat misi ketenteraan di luar negara.Si jejaka susah hati kerana bimbang dia mungkin tidak dapat berjumpa gadis kesayangannya.
Maka diutus sepucuk surat berbunyi;"Jika Allah SWT panjangkan jodoh kita,dan kamu masih sayang padaku,kita akan berjumpa suatu hari nanti.Aku akan memakai pakaian tenteraku dan membawa sekuntum mawar berwarna merah.Aku akan mengenalimu sekiranya kamu memegang sekuntum bunga mawar merah.Setelah itu izinkanlah aku membawa kamu untuk makan malam dan bertemu orang tuaku."
Selang beberapa tahun,pada hari kepulangan si jejaka yang diangkat sebagai pewira negara,si gadis yang setia itu menunggu kepulangan buah hatinya,sambil memegang sekuntum bunga mawar merah.
Diperhatikan setiap jejaka yang membawa sekuntum mawar merah,seperti dalam perjanjian mereka dahulu.Begitu juga si jejaka berdebar-debar bertemu orang yang disayangi.
Tiba-tiba,si jejaka ternampak gadis yang gemuk,hitam,berjerawat,duduk di atas kerusi roda sambil melihat sekeliling persis mencari seseorang.
Kakinya kudung dan tangannya cacat sebelah.Sebelah lagi tangannya memegang sekuntum mawar merah.Si jejaka sangat terkejut melihat keadaan fizikal dan wajah gadis pujaannya selama ini amat berbeza daripada imaginasinya.
Namun dia memberanikan diri menghampiri gadis tersebut dan mentapa,Aisyah?Gadis itu melihat ke arah si jejaka dan tersenyum ceria.Si jejaka terus menghulurkan bunga mawar kepada si gadis dan berkata:"Aku amat merinduimu.Terimalah bunga ini dan pelawaanku untuk makan malam bersama ibu bapaku.Orang tuaku tidak sabar-sabar lagi untuk bertemu denganmu."
Si gadis itu tersenyum lagi dan berkata:"Aku tidak tahu apa yang terjadi.Tetapi ada seorang gadis cantik jelita memberikan bunga ini kepadaku sebentar tadi.Dia memintaku memberitahu kamu bahawa dia sedang menunggu kamu di restoran di hadapan ini sekiranya kamu mempelawaku makan malam dan bertemu orang tuamu."
Berapa ramaikah lelaki sesuci hati jejaka ini?Dia mengotakan janjinya dan tetap berpegang kepada perasaan sayang walaupun pada mulanya dia menjangkakan gadis cacat itu adalah Aisyah.Masihkah lagi wujud lelaki seikhlas dan seluhur hati pemuda itu?
No comments:
Post a Comment