Friday, November 19, 2010

SIAPA AKU?



Aku adalah aku.Aku ada kulit,tapi aku hitam.Aku ada suara,tapi suara aku tak sehebat suara Munif Hijjaz.Aku gemuk!Kaki aku tempang!Mak ayah aku orang miskin.


Wahai aku!
Kau dah lupa pada Aku?Kulit itu siapa yang cipta?Suara itu siap yang reka?Bila kau lapar,siapa yang beri kau makan?Kau miskin,mak ayah kau miskin,siapa yang beri?Kau kaki tempang,siapa yang mentakdirkan?Aku beri kau miskin,kerana Aku sayang pada kau.Aku cipta kulit kau hitam,kerana Aku kasih pada kau.Aku reka suara kau begitu,bukan kerana Aku benci kau,tapi kerana Aku cinta pada kau.Walau Aku Maha Segala Maha,tapi Aku tak lupa kau.Kenapa engkau tak mahu bercinta denganKU?Kenapa mulut Engkau masih mengutuk ciptaanKU ini?Kenapa engkau masih menagungkan dunia?Kenapa engkau menghina Aku?Kenapa engkau masih menghina peraturan Aku?Kenapa engkau masih lagi sayang dengan musuhKu?Siapa yang akan menyelamatkan kulit engkau daripada dijilat api neraka?



YA ALLAH!
Maafkan aku ya Allah.Aku lupa padaMu ya Allah.Aku sombong ya Allah.Aku lawan cakapMu ya Allah.Aku kutuk ciptaanMu ya Allah.Anugerahkan daku rasa cinta padaMu ya Allah.Anugerahkan aku rasatakut padaMu ya Allah.Walau Kau Maha Segala Maha,tapi Engkau tetap tak akan lupakan aku ya Allah.Kau masih sayang padaku ya Allah.Terima kasih ya Allah....



Akhir Kalam......


Doa Rasulullah SAW:-
Maksudnya:Ya Allah!Hidupkan aku dalam keadaan hidup yang miskin dan matikan aku dalam keadaan mati yang miskin,dan kumpulkan aku dalam barisan orang-orang miskin.

No comments:

Post a Comment