Jabir r.a berkata,Rasulullah SAW pernah menyampaikan khutbah dan ceramahnya sambil memegang sebatang pokok kurma.Seorang wanita telah mencadangkan kepada baginda dan erkata,"Ya Rasulullah,mahukah engkau kami dirikan sebuah mimbar?"Baginda menjawab,"Jika kalian memang menginginkannya,silalah!"
Maka para sahabat pun membuatkan sebuah mimbar untuk Rasulullah SAW.Pada hari Jumaat,baginda SAW melangkah menuju mimbar itu.Tiba-tiba pokok kurma yang biasa digunakan oleh Nabi SAW menangis.Rasulullah SAW segera turun dari atas mimbar dan memeluk batang pokok itu.Pokok itu menangis seperti seorang bayi dan Rasulullah SAW telah memujuknya supaya diam.
Jabir r.a selanjutnya berkata:"Batang pokok kurma itu menangis bila mendengar orang membaca zikir atau mendengar al-Quran dibacakan di hadapannya."(Riwayat Bukhari)
Sementara Tufail bin Ubai bin Ka'ab meriwayatkan daripada ayahnya,ayahnya bercerita,dahulu Rasulullah SAW menyampaikan khutbahnya dengan bersandar di sebatang pokok kurma.Ketika itu,masjid Nabi hanyalah sebuah ruangan kosong sahaja.Seorang lelaki mencadangkan kepada baginda,"Ya Rasulullah,adakah engkau setuju jika kami membuat sebuah mimbar untukmu?Engkau boleh berdiri di atas mimbar itu pada hari Jumaat dan orang ramai dapat mendengar khutbahmu?"Baginda menjawab:"Ya."
Satu hari,pada hari Jumaat,Nabi SAW ingin menyampaikan khutbahnya.Ketika baginda SAW melintasi pokok kurma yang biasa digunakan untuk bersandat ketika berkhutbah,tiba-tiba poko kurma itu menangis dan meratap hiba.Nabi SAW turun dari mimbar dan mengusap pokok itu sehingga diam.Lalu,baginda SAW kembali ke atas mimbar untuk menyampaikan khutbah.
Ketika masjid Nabi di bina kembali untuk dibesarkan,Ubai bin Ka'ab mengambil tunggul pokok kurma itu.Tunggul pokok itu terus berada di rumahnya sehinggalah reput dan habis di makan zaman.(Riwayat Baihaqi)
Marilah kita memperbanyakkan selAwat ke atas Nabi SAW.Hanya dengan cara itu kita akan sentiasa mengingati baginda SAW.
No comments:
Post a Comment