Bila ada orang yang mulia,ada juga orang yang popular.Bila kawan dapat bahagia,ada juga orang yang kaya.Bila mereka hati yang ceria,hati aku pula yang duka.Hatiku cemburu dengan orang yang popular.Hatiku resah,bila rakanku bahagia.Hatiku penuh dengan benih kebencian,bila kulihat ada orang yang alim.Hatiku hilang segala-galanya.Jiwa yang hilang rasa bertuhan!Jiwa yang hilang rasa kehambaan!Jiwa yang hanyut dalam kegelapan!
Wahai jiwa!
Kan jiwa itu hamba Tuhan,rasakanlah rasa kehambaan!Kan jiwa itu makhluk Tuhan,rasakanlah rasa bertuhan!Kan jiwa itu milik Tuhan,hilangkanlah rasa menganggap diri sebagai Tuhan!
Bila jiwa menagungkan Tuhan,orang popular,tidak ku rasa cemburu di jiwa.Orang kaya,tidak ku rasa resah di jiwa.Orang ketawa,tidak ku rasa murka di jiwa.Orang beriman,tidak ku rasa hasad di jiwa.
Kerana aku ada Tuhan.Kerana aku ada tuan punya jiwa.Kerana aku rasa cinta padanya.Kerana aku berjiwang dengannya.Kerana ku rindu padanya.Kerana ku sayang padanya.Kerana ijwaku mengesakannya.Kerana ku ingat padanya.Kerana airmataku mengalir di depannya.Kerana ku sujud padanya.Kerana aku takut padanya.Kerana ku pinta redhanya.
Biar Tuhanku tidak memberi Syurga,tidak memberi pahala kepadaku,tetapi yang aku inginkan adalah redhamu ya Allah,redha aku pijak bumimu Allah,redha aku guna kulit yang anggun,wajah yang cantik,anugerah darimu Allah.Aku sayang padamu Allah.Redhalah aku jadi hamba Mu ALLAH SWT......
No comments:
Post a Comment