Friday, November 19, 2010

WASIAT KEPADA RASULULLAH SAW


Dari Nabi SAW:-Pada malam ana diisrakkan sampai ke langit,ALLAH SWT telah memberikan 5 wasiat,antaranya:-

~Janganlah engkau gantungkan hatimu kepada dunia kerana sesungguhnya Aku tidak
menjadikan dunia ini untuk kamu.
~Jadikan cintamu kepada-KU sebagai tempat kembalimu.
~Bersungguh-sungguhlah engkau mencari Syurga.
~Putuskan harapan dari makhluk kerana sesungguhnya mereka itu sedikitpun tidak ada kuasa
ditangan mereka.
~Rajinlah mengerjakan sembahyang tahajjud kerana sesungguhnya pertolongan itu berserta
qiamullail.



Ibrahim b.Adham berkata:"Telah datang kepadaku beberapa orang tetamu,dan ana tahu mereka itu adalah guru tariqat.Ana berkata kepada mereka,berikanlah nasihat yang berguna kepada ana,yang akan membuat ana takut kepada Allah SWT.Lalu mereka berkata:"Kami wasiatkan kepada kamu 7 perkara,iaitu:-


~Orang yang banyak bicaranya janganlah kamu harapkan sangat kesedaran hatinya.
~Orang yang kuat makan janganlah kamu harapkan sangat kata-kata hikmat darinya.
~Orang yang banyak bergaul dengan manusia janganlah kamu harapkan sangat kemanisan
ibadahnya.
~Orang yang cinta kepada dunia janganlah kamu harapkan sangat khusnuk khatimahnya.
~Orang yang bodoh janganlah kamu harapkan sangat akan hidup hatinya.
~Orang yang memilih berkawan dengan orang yang zalim janganlah kamu harapkan sangat
kelurusan agamanya.
~Orang yang mencari keredhaan manusia janganlah kamu harapkan sangat akan keredhaan
ALLAH SWT daripadanya."



Rasulullah SAW bersabda:-
"Barangsiapa yang solatnya itu tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan keji dan mungkar,maka sesungguhnya solatnya itu hanya menambahkan kemurkaan Allah SWT dan jauh dari Allah SWT."

No comments:

Post a Comment