Friday, November 12, 2010

50 TAHUN BERIBADAT TETAPI TETAP MASUK NERAKA

Rasulullah SAW berkata:Malaikat Jibril a.s telah menceritakan kepadanya,"Wahai Muhammad SAW!Telah ada seorang hamba ALLAH SWT yang beribadat selama 500 tahun di atas sebuah bukit yang panjang dan lebar bukit itu 30 x 30 hasta dan di sekelilingnya terdapat lautan saujana mata memandang.Di situ Allah SWT telah mengeluarkn air selebar satu jari dari bawah bukit serta menumbuhkan sepohon pokok delima yang mana setiap hari pohon itu akan mengeluarkan sebiji buah yang masak.Bila terasa lapar hamba ini akan memetiknya selepas itu dia terus menyambung ibadahnya.



Setiap kali solat hamba ini akan memohon agar ia di matikan dalam keadaan sujud supaya badannya tidak di sentuh apa-apa pun sehingga tibanya hari kiamat.Allah SWT pun memperkenankan doanya.Apabila hamba ini mati makaAllah pun memerintahkan kepada malaikat,"Masukkan hamba ini ke dalam Syurga-Ku dengan limpah rahmat-Ku,"jawab hamba ini,"Bukan!Segalanya disebabkan amalku."Maka Allah pun memerintahkan para malaikat menghitung segala amalannya.Apabila perhitungan dibuat maka amalnya selama 500 tahun itu telh habis dikira hanya pada sebelah mata sahaja.Allah pun berfirman,"Masukkan dia ke dalam neraka."Maka bergementarlah hamba ini lalu berkata,"YaAllah masukkanlah aku ke dalam Syurga Mu dengan rahmatMu."



Kemudian Allah bertanya lagi,"Siapakah yang menjadikan kamu yang memberi kekuatan sehingga kamu mampu beribadat selama 500 tahun?,Siapakah yang mengeluarkan air di tengah-tengah lautan yang masin dan mengeluarkan buah delima untuk kamu makan setiap hari sedangkan buah itu berbuah setahun sekali?Jawab hamba ini,"Engkaulah yang melakukannya YA ALLAH."Firman Allah lagi,"Semua adalah dengan RahmatKu dan kini Aku masukkan kanu ke dalam SyurgaKu juga dengan rahmatKu."Malaikat Jibril berkata,"Segala yang terjadi hanya dengan rahmat Allah SWT......Wallahua'lam@



Baginda SAW bersabda;
"Dunia adalah kesenangan,sebaik-baik kesenangan dunia adalah perempuan solehah."
(Sahih Muslim)

No comments:

Post a Comment