Friday, November 12, 2010

PEJUANG ISLAM


Sudah menjadi lumrah anak-anak muda hari ini,mereka lebih berminat untuk mengetahui perkembangan terkini lagi sensasi artis kegemaran mereka daripada mengenang sejarah pejuang-pejuang Islam zaman dahulu.Tanyalah adik anda yang berusia 4 tahun,mana satu yang lebih di kenalnya,Mawi World atau nabi Muhammad SAW?Pada keluaran kali ini,penulis ingin menulis sedikit sebanyak kisah hidup seorang pejuang Islam yang terkenal,iaitu Syed Qutb.....



Assyahid Syed Qutb adalah salah seorang daripada pejuang-pejuang Islam yang tekemuka berjuang demi menegakkan Islam.Beliau dilahirkan pada 1906 di sebuah kampung di wilayah As-yut,Mesir.Beliau datang dari sebuah keluarga berada yang patuh pada agama.



Sejak di bangku madrasah lagi beliau telah menunjukkan kepintaran serta bakatnya yang luar biasa dengan menghafal al-Quran ketika berumur 10 tahun.Beliau melanjutkan pelajarannya ke Kaherah dan menamatkan pelajarannya di sana.



Antara sumbangan beliau yang terbesar adalah penglibatannya dalam Ikhwanul Muslimin.Beliau sangat terpengaruh dan perjalanan hidup pengasasnya,syeikh Hassan Al-Banna yang mati di tembak mati kerajaan Mlik Faruk pada tahun 1948.Dalam pertubuhan ini beliau diberi kepercayaan memimpin majalah AL-IKHWANUL MUSLIMIN,suara pertubuhan berkenaan yang lantang membidas pemimpin-pemimpin yang mengetepikan hak Allh SWT dalam pemerintahan.Majalah tersebut akhirnya diharamkan.



Selain itu,beliau juga di lantik untuk mewakili pertubuhannya dalam badan-badan pemerintah setelah kemenangan revolusi Mesir pada23 Julai 1953.Hasil kerjasama pertubuhannya dengan pegawai-pegawai muda,Angkatan Bersenjata Meir begitu mantap dan maju.



1954 merupakan tahuun malang buat beliau.Beliau telah dituduh berkomplot membunuh presiden Jamal Abdul Nasir.Dengan campur tangan bekas presiden Iraq,Abdul Salam Arif,beliau telah dibebaskan pada akhir 1964.Selang beberapa tahun kemudian,beliau telah ditangkap semula dan dibicarakan di mahkamah khas tentera di mana beliau telah dijatuhkan hukuman gantung sampai mati bersama dua rakannya yang lain,iaitu Yusuf Hawady dan Abdul Fattah Ismail.



Beliau tidak sedikit pun gentar dengan hukuman yang dikenakan terhadapnya.Akhirnya pada awal 1965,beliau telah digantung setelah berjuang untuk menegakkan Islam bertahun-tahun.Semoga Allah SWT mencucui rahmat ke atas rohnya......amin:-)

No comments:

Post a Comment