Ustazah,berdosakah jika kita menolong orang bukan Islam?
Tidak berdosa jika kita menolong orang bukan Islam.Bahkan,di samping kita menolong orang bukan Islam,kita dapat menyampaikan dakwah Islam kepada mereka.Kita pun boleh menjelaskan kepada mereka bahawa Islam adalah agama yang cintakan kedamaian dan menganjurkan umatnya agar selalu menolong sesiapa sahaja.
Rasulullah SAW sendiri pernah menyuapkan makanan ke mulut orang Yahudi.Dia adalah seorang yang miskin dan buta.Walaupun orang Yahudi ini selalu mencerca Rasulullah SAW,namun baginda tetap berbuat baik kepadanya dan memberi dia makan.Akhirnya orang Yahudi ini memeluk Islam setelah mengetahui orang yang dia cerca itu adalah orang yang telah memberi dia makan.
No comments:
Post a Comment