Wednesday, September 1, 2010

10 JENIS ORANG ISLAM YANG KEJAM

Sufyan Al-Sauri berkata:"Sepuluh macam daripada kekejaman ialah;
1)Seseorang yang berdoa untuk dirinya sendiri,dan tidak mendoakan untuk anak-anak dan kaum
mukmin.
2)Seseorang yang pandai membaca al-Quran,tetapi tidak membaca seratus ayat.
3)Seseorang yang masuk masjid lalu keluar dan tidak sembahyang dua rakaat.
4)Seseorang yang berjalan melalui kuburan kemudian tidak memberi salam dan mendoakan ahli
kubur.
5)Seseorang yang sampai di suatu kota pada hari Jumaat kemudian tidak sembahyang jemaah.
6)Seseorang yang di daerahnya di datangi seorang yang alim tetapi tidak mahu belajar sesuatu
darinya.
7)Dua orang yang bertemu di perjalanan dan masing-masing tidak menanyakan nama kawannay
itu.
8)Seseorang yang di undang pada jamuan tetapi tidak memnuhi jemputan tersebut.
9)Pemuda yang tidak ada kerja dan tidak mahu belajar ilmu dan kesopanan.
10)Seseorang yang kenyang sedangkan dia tahu bahawa jirannya kelaparan,tetapi tidak di beri
sedikit dari makanan itu.

No comments:

Post a Comment