Daripada Anas Radiallahu Anhu,berkata ada tujuh macam pahala yang dapat di terima seseorang itu selepas matinya;
1)Sesiap yang mendirikan masjid maka ia tetap pahalanya selagi masjid itu di gunakan orang untuk
beramal ibadat di dalamnya.
2)Sesiapa yang mengalirkan air sungai selagi ada orang yang minum daripadanya.
3)Sesiapa yang menulis mushaf ia akan mendapat pahala selagi ada orang membacanya.
4)Orang yang menggali perigi selagi ada orang menggunakannya.
5)Sesiapa yang menanam tanam-tanaman selagi ada yang memakannya baik dari manusia atau
burung.
7)Orang yang meninggalkan anak yang soleh iaitu anak yang selalu di ajar ilmu al-Quran,maka
orang yang mengajarkannya akan mendapat pahala selagi anak itu mengamalkan ajarannya
tanpa mengurangi pahala anak itu sendiri.
Abu Hurairah berkat,Rasulullah SAW bersabda bermaksud:"Apabila mati anak Adam itu,maka terhentilah amalnya melainkan tiga perkara iaitu sedekah yang berjalan terus,ilmu yang berguna dan di amalkan serta anak yang soleh yang mendoakan baik baginya."
No comments:
Post a Comment