Wednesday, September 1, 2010

TANDA-TANDA MATI DALAM KEADAAN BAIK

Alamat mati dalam husnulghathimah(keadaan baik).
1.Sempat mengucap dua kalimah syahadah.
2.Berpeluh di dahi.Sabda Rasullullah SAW:"Bahawa matinya seseorang mukmin itu dengan
keluarnya peluh di dahi",riwayat oleh Ahmad&Tirmizi.
3.Mati pada malam atau hari Jumaat.Sabda Rasulullah SAW,"Tidak seseorang muslim pun pada
hari atau Jumaat melainkan Allah SWT akan menjaganya dari seksa kubur.
4.Mati di medan perang kerana membela agama Allah.
5.Bagi orang yang mati syahid ada 6 kelebihan:
i)Akan diampuni dengan serta merta dosanya serta diperlihatkan tempat duduknya di
Syurga(kecuali mereka yang masih ada urusan hutang)
ii)Diselamatkan dari seksa kubur
iii)Aman dari ketakutan yang teramat dhasyat dan besar
iv)Diperhiasi dengan iman
v)Dikahwinkan dengan bidadari(semiskin-miskin ialah 49 bidadari)
6.Dapat memberi syfaat kepada 70 orang keluarganya.Riwayat oleh Termidzi,Ahmad dan Ibnu
Majah.
7.Mati kerana melahirkan anak.
8.Mati kerana taun.Sabda Rasulullah SAW:"Taun itu satu kematian syahid bagi setiap mukmin".
(Hendaklah ia sabar dan redha menanggungnya).Riwayat oleh Muslim.
9.Mati akibat sakit perut maka ia syahid.Sabda Rasulullah SAW:"Dan barang siapa siapa mati
akibat sakit perut maka ia syahid."
10.Mati akibat tenggelam dan tertimbus oleh bangunan.
11Mati terbakar,riwayat Tabrani.
12.Mati kerana sakit TB.Sabda Rasullullah SAW,"Orang yang mati kerana menaggung penyakit
kurus kering maka ia mati syhid."Riwayat Tabrani.
13.Mati dalam nifas,riwayat Tabrani.
14.Mati akibat luka perang di jalan Allah SWT.Sabda Rasullullah SAW ,"Barangsiapa yang luka
kerana perang di jalan Allah SWT itu mati,maka bereti ia syahid,atau kena pijak oleh unta
atau kudanya atau ia mati tempat tidurnya(setelah berperang itu)dengan sebab apa-apa pun
yang di kehendaki oleh Allah SWT,maka sesungguhnya ia adalah mati syahid dan akan masuk
Syurga",riwayat Daud.
15.Mati mempertahankan diri.Sabda Rasulullah SAW,"Barangsiapa terbunuh kerana
mempertahankan darahnya(dirinya)maka ia syahid,riwayat Abu Daud.
16.Mati mempertahankan harta,riwayat Bukhari.
17.Mati dalam keadaan bersiap-siap untuk berperang di jalan Allah SWT.
18.Mati ketika sedang beramal soleh seperti menuntut ilmu(ilmu yang di bolehkan oleh Islam)di
masjid atau sedang berdakwah.
19.Berkata Abu Laith,"Barangsiapa yang ingin selamat dari seksa kubur maka haruslah ia
melazimi 4 perkara dan meninggalkan 4 perkara:
a)Menjaga sembahyang 5 waktu
b)Banyak bersedekah
c)Banyak membaca Al-Quran
d)Banyak bertasbih

Dan hendaklah ia meninggalkan 4 perkara:
a)Meninggalkan dusta
b)Meninggalkan sifat khianat
c)Meninggalkan sifat mengadu(domba)
d)Menjaga kencing





Ya Allah,seandainya dirinya tercipta untukku,untuk agamaku,baik untuk duniaku dan akhiratku,maka satukanlah kami di dunia&di kahirat buat selamanya....

No comments:

Post a Comment