Sebuah kisah daripada hadis sahih riwayat Hurairah r.a. bahawa suatu ketika Malaikat Maut a.s. untuk mengambil rohnya.Sebaik sahaja tiba,Nabi Musa a.s. terus menamparnya(hingga terkeluar matanya).
Lalu Malaikat Maut pun kembali semual bertemu dengan Allah SWT seraya berkata:"Engaku mengutus aku kepada seorang yang tidak menginginkan kematian."Allah SWT pun mengembalikan mata Malaikat Maut seraya berfirman;"Kembalilah dan berkatalah kepada dia agar meletakkan tangannya di atas belakang seekor lembu jantan.Dari setiap helai rambut yang dapat dilitupi oleh tangannya,maka baginya(umur) satu tahun."
Malaikat Maut kembali dan menerangkan kepada Nabi Musa a.s.Baginda bertanya:"Wahai Rabb,setelah itu
apa pula?"Allah SWT berfirman:"Kemudian kematian."Nabi Musa a.s. berkata:"Jika begitu,aku mahu kematian sekarang."
Nabi Musa a.s. pun meminta kepada Allah SWT agar dibawa mendekati tanah suci,sejauh lemparan batu.Kemudian Rasulullah SAW memberitahu;"Jika aku berada di sana,tentu aku tunjukkan kuburnya berhampiran Bukit Pasir Merah."(Lihat Sahih Muslim,no;2372,Kitab Fadail,Bab Keutamaan Musa a.s.)
Dalam kisah ini timbul dua persoalan.Pertama,adakah malaikat mempunyai wajah yang sama dengan manusia sehingga boleh ditampar hingga terkeluar biji matanya?Kedua.perihal Nabi Musa a.s. yang dilihat semacam menafikan ajalnya,tidak mahu mati.
Mengikut pengajian ilmu Tauhid malaikat ialah makhluk yang tidak berjisim.Tidak sama seperti manusia.Namun,malaikat boleh menjelma menjadi manusia.Ini disebut oleh Allah SWT dalam surah Maryam,ayat 16-19 bahawa malaikat pernah datang kepada Siti Maryam dalam rupa bentuk manusia.
Nabi Musa a.s. sebenarnya tidak menafikn ajalnya,Malaikat Maut diutuskan untuk bertanya,bukan untuk mencabut nyawa.Yakni,Malaikat kembali mengadu kepada Allah SWT dengan berkata "Engkau mengutus aku kepada seorang hamba yang tidak mengingini kematian."Ini bermaksud,dia bertanya Nabi Musa a.s. sama ada bersedia dengan kematian atau tidak.
No comments:
Post a Comment