Friday, January 10, 2014

Allah lebih KENAL hamba-Nya

Rasulullah SAW bersabda,mafhumnya;"Ada dua golongan penghuni neraka yang aku belum pernah melihatnya;lelaki yang tangan mereka menggenggam cambuk mirip ekor sapi untuk memukul sekelompok manusia da wanita berpakaian,namun telanjang dan berjalan berlenggang lenggok dan kepalanya bergoyang-goyang seperti punuk unta.


"Mereka tidak masuk Syurga dan tidak pula mencium baunya sedangkan sesungguhnya bau Syurga itu boleh dihidu dari jarak sekian dan sekian(jarak yang sangat jauh)."(Riwayat Muslim,Baihaqi dan Ibn Hibban)


Ahli psikologi barat,Sigmend Freud pernah berkata bahawa tujuan akhir manusia berbuat sesuatu adalah kerana dorongan seksual.


Dia adalah contoh manusia yang berfikir mengggunakan logik akal manusia yang penuh kelemahan.


Ia bermaksud sayang seorang anak lelaki kepada ibunya adalah kerana dorongan seksual terhadap ibunya sendiri.Sayang seorang anak perempuan kepada bapanya adalah kerana drongan seksual terhadap bapanya sendiri.


Hinanya manusia Freud letakkan,seolah-olah martabat binatang yang tak pernah kenal siapa ibu dan bapa sendiri asalkan boleh mengawan.


Apabila seseorang lelaki terpikat kepada seorang wanita kerana kecantikan tubuh badan,si gadis ini perlu bertanya bagaimana perasaan lelaki terbabit terhadapnya apabila suatu hari nanti dia tidak lagi 'bergetah'.


Kecantikan fizikal bukan untuk selama-lamanya dan kita tidak pernah tahu selama mana ia akan bertahan.Sebelum berkahwin,lemak belum timbul,kulit masih tegang dan licin.


Keadaan fizikal seseorang akan berubah selari dengan lanjutnya usia.Itu adalah fitrah kejadian manusia.Tiada seorang manusia biasa pun dari zaman muda hingga ke tuanya tidak mengalami perubahan fizikal.


Jika tujuan utama seorang lelaki mengahwini wanita adalah kerana fizikalnya,pada usia 40-an dan kulit wajah semakin kendur,adakah cinta lelaki terbabit masih segar?


Pada usia 40-an di mana tahap ekonomi peribadi kebanyakan lelaki sudah kukuh,mereka boleh mencari gadis berusia 20-an yang fizikalnya sempurna.Di mana akhirnya cara berfikir sebegini?Tentu sekali tiada akhirnya kerana mati saja penamat nafsu.


Rakan saya pernah bercerita mengenai pakcik beliau yang berusia 50-an dan menikahi isteri keempatnya di mana ketiga-tiga isterinya yang terakhir adalah wanita muda lagi cantik.


Kata rakan saya,pakciknya membeli kereta mewah dan bekerja kuat untuk memikat gadis muda yang cantik.Dia menyangka apabila memasuki umur 50 tahun kegilaan itu akan berakhir,sebaliknya ia berterusan.


Gadis pada hari ini pula suka berpakaian ketat dan sendat dengan alasan seperti 'pakaian sebegini membuatkan saya kelihatan cantik',hakikatnya,lelaki menoleh ke arah mereka bukan kerana mereka cantik berpakain sedemikian,tetapi kerana gelojak nafsu.


Allah SWT menjadikan fitrah lelaki untuk tertarik dengan tubuh wanita,terutama bahagian tertentu.Ia adalah sebab untuk mendapatkan zuriat yang akan menyambung keturunan.


Rasulullah SAW bersabda,mafhumnya;"Telah ditetapkan atas setiap anak Adam bahagian daripada zina.Zina mata adalah pandangannya,zina mulut adalah ucapannya,zina telinga adalah mendengarnya,zina tangan adalah memegangnya dan zina kaki adalah melangkah menemuinya.Nafsunya berharap dan berselera,kemaluannya membenarkan atau mendustakannya."(hadis Riwayat Ibn Majah)


Salah satu persepsi sesetengah ahli masyarakat adalah bertudung bererti menutup aurat sedangkan kriteria menutup aurat lebih daripada sekadar bertudung.


Ada yang bertudung,tetapi singkat sehingga bahagian dada masih terdedah.Ada pula yang bertudung,tetapi berpakaian jarang sehingga menampakkan warna kulit.


Bukan niat saya membela kaum elaki dan menyalahkan wanita dalam kes jenayah seksual.Tujuan saya menulis di sini adalah untuk menyatakan bahawa adalah lebih mudah untuk gadis mngubah diri mereka sendiri berbanding mengubah teman lelaki,tunang atau bakal suami.


Allah SWT menurunkan perintah menutup aurat kerana sebagai Pencipta.Dia lebih mengetahui sifat hamba-Nya.Dia tahu kelemahan hamba-Nya iaitu wanita suka kepada perhatian lelaki dan kelemahan lelaki adalah wanita.


Justeru,Allah SWT menguji kesabaran hamba-Nya dalam mentaati peritah-Nya dengan wanita disuruh menutup aurat.


Perintah menutup aurat bertentangan dengan hawa nafsu wanita yang sukakan perhatian lelaki.Perintah menundukkan pandangan pula bertentangan dengan hawa nafsu lelaki yang sememangnya tertarik kepada tubuh badan wanita.


Atas kesabaran inilah kita sebagai seorang Muslim di ganjari pahala dan dibalas di akhirat kelak.


Allah SWT berfirman.maksudnya;"Wahai golongan yang beriman,mohonlah pertolongan dengan kesabaran dan solat.Sesungguhnya Allah SWT bersama-sama orang yang sabar."(Surah al-Baqarah,ayat 153)

No comments:

Post a Comment