Saturday, December 21, 2013

NABI SULAIMAN dan KISAH insya-ALLAH

Kisah Nabi Sulaiman a.s. ini diceritakan oleh Rasulullah SAW kepada sahabat dalam suatu majlis ilmu.Suatu hari Nabi Sulaiman yang memiliki 60 orang isteri berkata kepada dirinya,"Aku akan meniduri isteri-isteriku yang seramai 60 orang ini secara bergilirgilir dalam satu malam.Sudah tentu,semua isteriku ini akan mengandung dan melahirkan anak-anak lelaki yang sama dalam satu masa yang sama.Dengan demikian dapatlah aku membentuk satu pasukan berkuda yang terdiri daripada anak-anak lelakiku ini untuk berjuang dan berperang di jalan Allah SWT."


Maka Nabi Sulaiman pun meniduri ister-isterinya secara bergilir dalam satu malam sahaja.Malangnya daripada 60 orang isterinya itu,hanya seorang yang mengandung dan melahirkan seorang bayi lelaki.


Kisah Nabi Sulaiman ini diceritakan oleh Rasulullah SAW dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari.Rasulullah SAW selanjutnya bersabda,"Seandainya Nabi Sulaiman menyertakan azam atau hasratnya itu dengan kata-kata 'insya-Allah'(jika Allah SWT menghendaki),sudah tentu 60 orang isterinya itu akan mengandung dan melahirkan anak lelaki,yang boleh dijadikan pasukan berkuda untuk berjuang di jalan Allah SWT sebagaimana yang diharapkannya."

No comments:

Post a Comment