Friday, November 29, 2013

KITA TIDAK TAHU 5 PERKARA,BETUL KE?

Diriwayatkan bahawa Abi Jaafar al-Mansor yang merupakan seorang khalifah daripada kerajaan Abbasiyah,beliau sangat mencintai kehidupan dan takutkan kematian.Beliau juga sering meminta pandangan daripada ahli nujum dalam urusan kehidupannya.


Suatu malam dia bermimpi satu tangan keluar dari laut dan tangan itu cuba mencapainya sambil meregang-regangkan kelima-lima jarinya.Lalu dia memanggil orang yang boleh mentafsiar mimpinya itu.Ada yang mengatakan ia membawa maksud lima tahun.Ada yang mengatakan lima bulan.Ada yang mengatakan lima hari.Ada yang mengatakan lima minit.Tetapi apabila mimpi ini dirujuk kepada Abu Hanifah,maka beliau memberikan jawapan kepada khalifah,"Sesungguhnya Allah SWT ingin mengingatkan kepada kamu lima perkara yang tidak diketahui melainkan Allah SWT.Lima perkara yang disebutkan oleh Abu Hanifah itu merrujuk lima rahsia yang dibicarakan dalam surah Luqman.




  • Pertama,Allah SWT sahaja yang mengetahui bila tibanya hari Kiamat.
  • Kedua,Dialah yang menurunkan hujan.
  • Ketiga,Dia juga mengetahui keadaan bayi di dalam kandungan.
  • Keempat,seseorang pun tidak emngetahui apa yang akan dilakukannya esok.
  • Kelima,seorang pun tidaak tahu di bumi mana dia akan mati.




Sesungguhnya Allah SWT Maha Mengetahui lagi Maha Menguasai."(Riwayat Bukhari dan Muslim)

No comments:

Post a Comment