Friday, November 29, 2013

ATAN DAN ISTERI YANG BURUK PERANGAI

Suatu hari,Atan duduk bersama isterinya untuk makan malam.Isterinya menghidangkan sup.Sup itu sangat panas.Isterinya terlupa lalu menghirupnya begitu sahaja.Terasa seperti terbakar leher isterinya dan mengalir airmatanya menahan panas.


Atan pelik melihat isterinya lalu bertaaya,"Kenapa kamu mengalirkan airmata?"Isterinya cuba mengenakannya lalu berkata,"Saya teringat ibu kesayangan saya yang telah mati."Kemudian Atan pun turut menghirup sup tersebut.Terasa seperti menggelegak leher dan perutnya.Airmatanya juga mengalir kerana menahan kepanasan.


"Mengapa mengalirkan airmata?"tanya isterinya sambil berlagak tidak faham.


"Tiada apa-apa,saya pun menangis mengenangkan ibumu yang malang.Betapa dia telah melahirkan untuk saya seorang isteri yang sangat buruk perangainya."



Moral;Bergurau itu sunnah kehidupan berumahtangga.Namun,bergurau juga ada batasannya.Jangan bergurau sesuatu yang boleh memudaratkan atau menyakiti orang lain.Apatah lagi gurauan isteri terhadap suami.Jika tersalah cara atau tersilap masa,mungkin boleh merasa penampar percuma!

No comments:

Post a Comment