Saturday, November 2, 2013

ISTIKHARAHLAH...

Kalau kita tak suka seseorang yang suka pada kita, terus terang sahaja. Jangan buat orang menanti. Jangan cuba-cuba nak uji sampai dia terbukti benar-benar suka kita. Jangan sampai libatkan kedua-dua keluarga.

Jika pasti tidak suka, katakan saja tidak suka.
Jika suka, katakan suka.

Sebab kita tidak tahu mungkin Allah akan membalas kembali perbuatan kita membuat orang ternanti-nanti. Buat orang menanti dengan harapan palsu adalah berdosa. Bila orang terluka, kitalah yang menzalimi orang. Doa orang yang dizalimi akan dimakbul Tuhan.

Jangan sampai Allah pula uji kita dengan seberat-berat ujian.
Jangan sampai Allah makbulkan doa orang yang dizalimi kita.
Jangan sampai Allah buat kita pula yang ternanti-nanti seseorang yang kita nak.

Belajarlah dengan tegas berkata, "Ya" atau "Tidak".
Istikharahlah juga sebelum memberi jawapan.!!!
 — feeling tired.

No comments:

Post a Comment