Sunday, October 27, 2013

JOM BERUBAH:)




Menyorot dahsyatya mitos cinta merancuni pemikiran generasi muda hari ini,pelbagai maksiat menular di sana-sini.Pemuda meratah daras sesuka hati.Anak pungut merata-riti.Ah,sekotor inikah cinta anak muda?Tidak!Cinta itu tidak kotor bahkan suci sekudus embun pagi.Tangan manusialah yang mengotorinya.

Aduhai pemuda-pemudi yang sedang hangat bercinta!
Bukankah Allah SWT menyediakan jalan halal buat menyuburkan cinta yang sedang mekar antaramu dengan si dia?Kenapa tidaak nikah saja?Boleh khalwat lama-lama.

"Ingat nikah tu sedang?"Mungkin ini persoalannya.Mungkin ini yang membelenggu pemikiran anak muda yang sedang bercinta.Sama ada jawapannya senang atau susah,setiap pasangan yng sudah jatuh hati perlu ada niat untuk memilih jalan halal lagi diberkati ini.Niat yang bersih berperanan mengawal diri agar terhindar dari lembah zina terkutuk dan segala yang menghampirinya.Apa yang dinamakan cinta lelaki dan perempuan asing hanya boleh dinikmati selepas berumahtangga.Ingat tu!

Kunasihatkan diriku jua dirimu hai muda-mudi,dalam urusan jodoh,apa pun keputusan buatlah sebagaimana yang dianjurkan oleh syarak dengan jalan istikharah dan musyawarah(berbincang).Andai di sana nampak keserrasian,usah terlalu fikirkan masalah,berfikirlah dengan optimis.

Ambil langkah yang diizinkan Allah SWT seterusnya iaitu dengan berkhitbah(bertunang) dan saling setia pada janji syarak yang dibina.Awas!Hidari segala perkara yang menhampiri zina lagi tidak diredhai-Nya.


Khusus buat pemuda-pemudi yang sedang dilamun cinta,
Penulis ingin berbicara dengan muda-mudi yang sedang lemas dalam lautan cinta.Teristimewa buat mereka yang tidak meletakkan nikah sebagai prioriti sekrang,demi untuk meneruskan belajar atau bekerja atau mengejar cita-cita.

Seingkali bila ditanya pada syabab(pemuda) tentang kenapa tak segera berzaujah(menikah),mereka amat risaukan masih tak mempunyai pekerjaan tetap.

Sedangkan ada hadis yang mana Nabi berpesan agar menyegerakan nikah bagi yang sudah bertemu calonnya.Pemuda selalunya bimbang jika tak mampu memberi nafkah kepada bakal bidadari dan seluruh isi rumahnya nanti.Faktor ekonomi amatlah membebankan benak mereka.Betulkah ya syabab?

Kerisauan ini lumrah.....Ia lahir dari kesedaran bahawa perkahwinan itu bukan suka-suka tapi penuh tanggungjawab.Sesetengah orang membuat perhitungan hidup secara matematik,contohnya jika seseorang memerlukan biaya RM1000 maka dua orang memerlukan RM2000.Hidup sendiri pun sukar dibiaya apatah lagi membiayai hidup orang lain?

Faktor ini membuatkan sang pemuda takut berkahwin.Gambaran seperti ini semakin memberat apabila hidup dikuasai berhala bernama materialisme.Apatah lagi masyarakat terlalu meletakkan ukuran materialisme dalam menjalani hidup.

Al-Quran mengecam keyakinan materialisme seperti ini dan meyuruh kita berfikiran optimis.Lihatlah Allah SWT memberi berita gembira berupa kecukupan kehidupan bagi pasangan yang berkahwin:

"Dan nikahkanlah orang yang sendirian di antara kamu,dan orang-orang yang layak nikah di antara hamba-hamba sahayamu yang perempuan.Jika mereka miskin,Allah SWT akan memampukan mereka dengan kurnia-Nya,dan Allah SWT maha luas pemberian-Nya lagi maha mengtahui."(an-Nur:32)

Nah,itu jaminan Allah SWT.Jaminan siapa yang lebih patut dipercayai?

Umar al-Khattab,sahabat agung,pernah berkata sebagaiman dikutip dari al-Qutubhi:"Saya sangat takjub dan hairan dengan orang-orang yang tidak mahu menikah kerana takut miskin,dan tidak mahu mecari kekayaan melalui pekahwinan,padahal Allah SWT telah menjaminnya."

Nabi Muhammad SAW juga memberi gambaran yang praktikal.Dalam sebuah riwayat dari Abu Hurairah r.a.:"Makanan dua orang dapat mencukui tiga orang,makanan tiga orang dapat mencukupi empat orang."(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Tidak hairanlah Ibnu Mas'ud pernah berkata,"Carilah kekayaan dan rezeki melalui pernikahan,"kemudian beliau membaca firman Allah SWT dalam Surah an-Nur.ayat 32.Apalagi,sama-sama hapuskan berhala materialisme dalam hati dan fikiran.


Buat kaum Hawa,
Yakin dan percayalah pada insan yang telah ditunjukkan Allah SWT dalam istikharahmu walau apapun keadaannya pada masa ini,asalkan baik agamanya.Sama ada dia masih belajar atau masih berukar-tukar kerja,percayalah padanya.


Buat syabab,
Rezeki Allah SWT amat luas,jangan dirisaukan sangat.Walaupun sesuatu pekerjaan itu tidak terpandang di sisi masyarakat contohnya bekerja sndiri namun terakam mulia dalam hadis Rasulullah SAW.Beliau bersabda;"Pekerjaan yang terbaik adalah usaha seseorang dengan tangannya sendiri dan semua penjual beli yang baik."(Riwayat Ahmad,Baihaqi dan lain-lain).


Jika kerisauan untuk menikah disebabkan faktor orang tua,berbincanglah dengan mereka penuh hikmah.Hati mereka milik Allah SWT,dippegang Allah SWT dan boleh dilunakkan oleh Allah SWT dalm sekelip mata.Ianya menuntut doa,kesungguhan dan keberanian.Orang tua akan cair jua dengan kebaikan kerana merekalah insan yang paling inginkan kebaikan untuk seorang anak.Percayalah!

Jika terubat segala kerisauan dan tertanam kukuh sebuah keyakinan maka laksanakanlah khitbah(pertunangan).

Selama tempoh khitbah,berkongsilah apa yang dirasakan mustahak dan tidak terlalu kerap berhubung untuk menjaga kesucian ikatan.Tempoh itu sesungguhnya amat menguji.Pastikan ikatan itu terjaga dari kelalaian dan segala perbuatan yang menghampiri zina.

Laksanakanlah ikatan dengan mana yang paling memudahkan lelaki.Aisyah r.a. menjelaskan,"Sesungguhnya di antara keberkatan wanita ialah kemudahan peminangannya dan kemudahan maharnya."(Riwayat Ahmad)


Oh,kaum Hawa!
Tidakkah kamu mahu menjadi wanita yang berkat?Oh,mudah kahwin itu rupanya kila ikut agama!

Apa tunggu lagi wahai yang dah berpunya?Pilihlah untuk berkahwin.Takutlah pada Allah SWT melebihi takutmu pada segala persoalan di benakmu.Yakinlah pada Allah SWT.Berdoalah pada-Nya agar dipermudahkan nikah buatmu.

"Wahai para pemuda,siapa yang mampu,berkahwinlah!Sesungguhnya ia menundukkan pandangan dan menjaga kemaluan.Siapa yang tidak mampu maka berpuasalah."(Riwayat Bukhari)

No comments:

Post a Comment