Monday, October 14, 2013

PERCUMA!BETIS&PUSAT UNTUK TONTONAN

Apa agaknya yang paling menarik dimata-juga dihati lelaki tentang orang perempuan?Bergantung kepada cita rasa dan darjah kemiangan,lain lelaki lain pula perhatian dan tumpuannya terhadap wanita.

Sebelum memecahkan rahsia mengenai apa yang orang lelaki paling suka terhadap perempuan,saya hendak membuat andaian tentang apa yang wanita fikir orang lelaki paling tertarik.

Mungkin orang perempuan fikir,kaki adalah bahagian tubuh yang paling disukai lelaki.Saya membuat andaian ini sebab sejak dulu hingga kini wanita tidak jemu-jemu mendedahkan kaki mereka.Kaki termasuklah tumit,betis hatta paha.

Apabila saya mula datang ke Kuala Lumpur kira-kira tiga dekad yang lalu,mata dan fikiran saya jadi berpinar-pinar setiap kali melihat betis dan paha orang perempuan.Sebagai budak kampung yang belum tercemar dan malu-malu,betis dan paha adalah mata yang jarang diperoleh di kampung terpencil tempat kelahiran saya.

Semiskin-miskin orang kampung pun,mereka membeli kain yang cukup untuk menutup tubuh anak-anak gadis,termasuk bahagian kaki.Maka,apabila menjadi warga kota,betis dan paha adalah kejutan budaya paling awal yang menyentap kekolotan saya.

Dalam berbagai-bagai bentuk dan warna,betis dan paha dipamerkan untuk tontonan umum secara percuma.Buka orang bandar tidak cukup duit,tetapi mereka suka yang pendek lagi sendat.Mula-mula ada skirt,kemudian mini skirt.Kini ada seluar kontot yang ukurannya hanya besar sedikit dari seluar dalam.

Pakaian-pakaian ini yang dikatakan paling 'trendy' lagi canggih,memang mendedahkan sebahagian betis dan paha.Sama ada yang putih melepak,kuning langsat,hitam manis,hatta hitam berkilat,betis dan paha sengaja didedahkan untuk menarik perhatian.

Malah yang tidak berskirt dan berseluar pendek pun ingin juga menunjukkan betis dan paha-kain sarung untuk baju kurung dan kebaya sengaja dibelah untuk menyerlahkan betis dan paha.Kepala ditutup lingkup,tetapi betis tetap dibuka!

Pendek kata betis dan paha diperagakan di pejabat,emporium,pasar tani,pasar raya,stesen bas dan di tempat-tempat awam yang lain.Semuannya boleh ditonton dengan percuma.Tetapi ingat,boleh dilihat dipegang jangan.Anda boleh disaman sekiranya meraba betis atau paha perempuan!

Sesetengah perempuan mungkin beranggapan bahawa pinggang yang ramping adalah tarikan utama lelaki.Sebab itu mereka berusaha keras untuk merampingkan pinggang.Perut sengaja dikempiskan dengan ikatan tali pinggang khas.

Biarlah susah bernafas kerana bahagian perut diikat ketat.Biarlah tidak makan,asalkan pinggang kelihatan seperti biola.Apabila pakai kebaya,pinggang yang ramping akan membantu menyerlahkan bahagian punggung dan dada.

Pinggang genting,dada rendang dan punggung 'full volume',bergoyang indah pula indah ketika berjalan.Lelaki mana tidak terpesona!Bukan sahaja terpesona,malah mata boleh terbeliak tidak berkelip,silap-silap gaya jantung boleh berhenti dari berfungsi.Demikianlah tarikan pinggang.

Tidak kurang hebatnya tarikan ialah bibir.Ramai wanita yakin senyuman di bibir boleh mencairkan perasaan lelaki.Sebab itu bibir disamakan dengan buah-buahan kesukaan ramai.Orang putih mengaitkan bibir dengan cherry,orang Melayu mengumpamakan bibir dengan delima.

Bibirnya bagaikan delima merkah,demikian perumpamaan Melayu.(Maaf,saya tidak nampak di mana cantiknya delima yang merkah,lebih-lebih lagi sekiranya buah yang merkah itu busuk dan berulat).

Orang perempuan  menghabiskan banyak masa menghias bibir.Lepas makan kena betulkan gincu bibir.Habis sembahyang kena sapu bibir lagi.Malah bibir punya pasal,ramai perempuan berebut-rebut ke bilik air 10 atau 15 minit sebelum pejabat tutup.Bukan untuk kencing,tetapi untuk memperbaiki bibir.

Untuk menjaga kesempurnaan bibir,gincu beraneka warna sentiasa dibawa ke mana sahaja.Baik ketika menziarahi kematian,atau semasa menghadiri ceramah agama,gincu mesti dibawa.Biar terlupa kad pengenalan,jangan terlupa gincu!

Mungkin satu daya penarik.Tetapi bibir juga sebenarnya satu yang boleh membawa padah;jika disalah guna.Lirik sebuah lagu popular P.Ramlee menjelaskan hal ini:"Pulang ke rumah saya sangat senang hati,tapi my wife terlihat the lipsticks on my pipi......."Sungguh jahat bibir itu!

Satu lagi dikira boleh menarik perhatian lelaki ialah rambut.Orang perempuan percaya rambut adalah mahkota kejelitaan.Jika yang lain-lain secara azali memang tidak berapa menarik,gunakan rambut sebagai penawar.Sebab itu sebahagian besar iklan di media yag ditujukan kepada wanita ialah produk penjagaan rambut.

Entah kenapa orang perempuan tidak pernah puas ati dan selalu merungut tentang rambut.Rambut yang hitam dikatakan tidak cantik,dan perlu dikuningkan atau dimerahkan.Rambut yang putih juga dikatakan tidak cantik,lalu dihitamkan.Rambut yang lurus hendak dikerintingkan,sebaliknya yang asal hendak dikerintingkan.

Perempuan memang aneh.Yang tidak berambut bersusah payah,belanja beribu-ribu ringgit untuk menanam dan menyuburkan rambut(jika gagal juga baru pakai rambut palsu).Sebaliknya,yang ada rambut,tidak mahu rambut,lalu membotakkan kepala.Botak kepala pun satu trend baru dalam solekan.

Mungkin kerana betis,bibir,pinggang dan rambut dianggap bukan lagi daya penarik kuat,wanita sekarang cuba menunjukkan pula bahagian-bahagian yang lebih 'ummph' untuk memikat lelaki.Salah satu ialah pusat.

Dulu-dulu pusat adalah bahagian yang disembunyikan.Baik skirt mahupun mini skirt hanya menampakkan kaki,pusat masih dijadikan harta tersembunyi.Tetapi kini pusat pun telah dibuka untuk tontonan umum,secara percuma.

Trend berfesyen masa kini sengaja menyingkatkan baju,dan melondehkan seluar.Akibatnya,pusat yang selama ini menjadi barang larangan yang dilindungi,kini terdedah dengan jelas.Ada yang lekuk ke dalam,ada yang terjojol seperti mata lembu.Ada juga yang macam biji gajus.

Malah untuk menambah nilai pusat,dihias pula dengan anting-anting emas bertatah permata.Pusat yang dulu malu-malu menyuakan wajah ini tersengih megah dengan anting-anting berkilauan.Demikian cara berani menarik lelaki.Risikonya ada:jika anting-anting direntap penyangak,pusat mungkin rabit!

Ketiak juga nampaknya dijadikan tarikan lelaki.Sama ada yang berbulu lebat,berbulu halus,atau tidak berbulu langsung,wanita lebih gemar menayangkan ketiak untuk tontonan umum sekarang.Baju tau kemeja-T yang dipakai semua tidak berlengan,mendedahkan ketiak di mana sahaja.

Pameran ketiak boleh ditonton dengan jelas apabila kita menaiki bas atau LRT.Wanita yang tidak mendapat tempat duduk akan bersenggayut pada palang besi,ketiak dibuka seluas-luasnya.Jangan malu dan jeling-jeling,sebenarnya ketiak itu untuk tontonan.Tidak ada bayaran tambahan yang dikenakan.

Lebih ekstrem lagi,seluar dalam pun kini dijadikan daya untuk menarik perhatian lelaki.Ada yang warna merah,biru,kuning,putih an sebagainya.Sebahagian  seluar dalam yang jarang dan nipis itu sengaja didedahkan oleh seluar yang terlalu singkat diatas punggung.

Mungkin itu adalah sebahagian dari anggota tubuh ada yang hemat segelintir wanita boleh menarik perhatian lelaki.Oleh sebab semua itu diperagakan tanpa paksaan(malah dengan rasa megah),dari sudut undang-undang tidak salah sekiranya ada lelaki memandang.

Sama ada betis dan paha yang putih melepak,bibir yang terjuih mempesona,ketiak yang tersadai seperti cermin,pusat yang terjojol,hatta seluar dalam yang terlondeh,semuanya boleh ditonton dengan penuh minat tanpa rasa takut untuk didakwa.(Islam menghramkan melihat benda-benda tersebut!)

Wanita tidak boleh mengambil tindakan undang-undang ke atas lelaki yang sengaja melihat anggota-anggota tubuh yang didedahkan.Benda itu memang didedahkan untuk tontonan umum.Tontonlah sepuas-puasnya.Mungkin wanita berkenaan berasa megah pusat dan ketiaknya menjadi bahan tontonan semua orang.

Tetapi ingat tonton sahaja!Sekiranya ada niat untuk meraba,mencubit,apa lagi untuk menggigit,jangan sekali melakukannya.Anda boleh didakwa di atas tuduhan mencabul kehormatan wanita berkenaan.

Semua yang dinyatakan diatas adalah andaian sesetengah wanita tentang apa sebenarnya yang dapat menarik mata,dan perasaan lelaki.Sesetengah lelaki mungkin bersetuju bahawa apa yang didedahkan oleh wanita itu boleh menarik perhatian,maklumlah barang percuma.

Bagaimana pun,pada hemat saya,selain betis,pusat dan ketiak,apa yang betul-betul dikehendaki oleh lelaki dari seorang anita ialah kesopanan.Betis akan kecut,bibir akan layu,punggung yang bulat akan tipis bila tiba masanya.

Apa yang kekal dulu,kini dan selamanya ialah sopan santun dan pekerti yang mulia.Inilah daya tarikan utama lelaki terhadap seorang wanita.

No comments:

Post a Comment