Tuesday, June 25, 2013

LELAKI YANG AKU CINTA



Bermula aku mengenalimu,
Aku bergerak mencari,
Bukan mudah,
Tetapi tidak pernah aku berputus hati.




Engkau yang tampan bukan kerana wajah,
Engkau yang indah bukan kerana pangkat,
Yang bergemerlapan kerana agama,
Yang bersinar kerana akhlaknya,
Aku cari dikau,
Wahai lelaki yang aku cinta.


Bercita-cita ingin bahagia,
Kerana aku yakin engkau akan mengharapkan yang sama,
Perkahwinan yang bukan kerana nafsu semata,
Tetapi untuk menjaga diri kita,dan memperjuangkan agama.
Membina keluarga,
Agar lahir daripadanya askar&mujahidah Tuhan kita.

Aku mencintaimu sepenuh jiwa,
Kerana aku yakin,engkau rumah aku kepada-Nya,
Sebab itu aku tidak pernah lelah mencintaimu,
Kerana dasar cintaku adalah Dia.




Telah aku lamar seorang lelaki,
Aku kira engkau adalah dia,
Aku berharap engkau adalah dia,
Boleh jadi bukan,
Boleh jadi ya.

Apa pun pilhan aku,
Engkau tetap yang paling aku cinta,
Aku hanya manusia biasa,
Sedang engkau adalah bidadari layaknya,
Mungkin juga engkau terlalu tinggi,
Hingga tidak wujud di dunia ini,
Jika engkau tiada dalam lelaki yang telah aku lamari,
Maka aku berharap kita bertemu di Syurga nanti.



Kerana engkau sahaja aku cinta,
Bukan tunangku,
Bukan juga yang nanti menjadi zauj ku,
Melainkan dia adalah engkau,
Maka nyata Allah SWT telah mengawal Syurgaku.


Wahai lelaki yang aku cintai,
Sungguh diriku ini merindui.



No comments:

Post a Comment