Sunday, September 30, 2012

ZINA HATI YANG ISLAMIK ROMANTIK


Bila melayari facebook,kita selalu disajikan dengan tatapan gambar-gambar perkahwinan sama ada sahabat kita sendiri mahu pun kenalan di Facebook.Terkadang kita keliru.Ini gambar kahwin atau pertunangan?


Mana tidaknya,jika berkahwin kenapa kita tidak dijemput bersama?Jika bertunang mengapa harus ditayangkan kepada umum?Padahal yang melakukannya bukan orang sebarangan.Ahli jemaah sendiri.Orang berfikrah Islami pula.


Tidakkah tindakan mereka ini berisiko tinggi?Apakah pesanan Rasulullah SAW?


Tidakkah mereka belajar cara Islam?Apa yang telah Islam gariskan dalam bab ini?


Pertunangan adalah suatu komitmen tang BELUM PASTI.Ia mungkin berakhir dengan perkahwinan,boleh juga tamat pada kesudahan yang tidak diharapkan.Namun ulama' menjelaskan bahawa di antara hikmah Islam menggesa pertunangan itu TIDAK dihebah-hebahkan ialah kerana untuk menjaga nikmat ini daripada dirosakkan oleh hasad manusia yang bertindak tidak baik.Ia dijelaskan demikian di dalam Hashiah al-'Adawi'ala Sharh Mukhtasar Khalil.-Ustaz Hasrizal Abdul Jamil.


Kerahsian pertunangan itu juga menjadikan kita terkawal daripada berkelakuan seperti sudah bersuami isteri kerana hakikatnya seorang lelaki dan perempuan yang bertunang,masih asing dan sedang berada di medan ujian mengawal diri.Mereka perlu bijak mengatur komunikasi dengan pasangan yang bakal menemani hidup.Selama-lamanya sampai mati.




Bagi ana,ramai yang mengatakan mereka cuba menjaga hubungan yang belum pasti ini teetapi terperangkap dalam masalah hati atau kita panggil zina hati yang "Islamik Romantik".Berbau Islam,tetapi membawa kepada masalah hati yang parah.


Sebaiknya kita tetapkan hati,pendirian dan bersederhana.Ana pasti,insyaAllah jika kedua-dua pihak memahami tujuan sebenar perkahwinan,mengikut saluran yang sebenarnya,mengambil jalan sederhana dan wara' dalam menjaga batasan,dengan izin Allah SWT prosesnya akan tenang sahaja.


Melainkan keperluan tentang perancangan yang penting.Sebaiknya elakkan telefon kecuali bagi yang benar-benar "urgent" dan boleh menjaga hati serta tiada jalan untuk berbincang.Seperti ke rumah dengan ibubapa atau melalui orang tengah.


Juga fokuskan kepada perancangan perkahwinan dan self improvement.Sebab ramai yang asyik masyuk dalam alam bertunang terlupa nak mempersiapkan diri untuk alam rumahtangga.


Mungkin bagi sesetengah individu,banyak cabaran semasa bertunang.Sesetengah yang lain biasa-biasa sahaja.Semuanya sesuai dengan apa yang Allah SWT beri.Usah difikir banyak,tidak perlu melayan perasaan semasa bertunang.Fokuskan kepada kehidupan yang sedang dijalani sekarang.Berhubung,minimakan seminimanya,InsyaAllah,tiada resah gelisah.Tiada masalah.


Berkahwin cuma sekadar wasilah.Cinta bukan segalanya.Namun segalanya yang dimulai dengan niat yang ikhlas,cara yang sohih dan barakah akan menimbulkan cinta wajar selepas perkahwinan.


Untuk para daie,jagalah agamamu di mana sahaja kalian berada.Jadikan perkara ini sebagai sesuatu yang wajib kerana "beban" dakwah tergalas kemas di bahu kita.Jika kita tidak menjaga amanah ini,siapa lagi.


Usahlah menayangkan benda yang tidak sepatutnya di ruangan umum.Juga elakkan gambar perkahwinan yang melebih-lebih.Cukup sekadar makluman.Sekali lagi.Jagalah agamamu.Maka Allah SWT akan menjaga kebajikanmu dan mempermudahkan urusanmu.

No comments:

Post a Comment