Saturday, March 3, 2012

BELAJAR SYUKUR DARIPADA BUAH TEMBIKAI



Seorang soleh yang pulang membawa sebiji tembikai ke rumahnya.Tembikai yang dibelinya di pasar itu diserahkan kepada isterinya untuk dibelah.Sebaik sahaja tembikai itu dibelah isteri orang soleh itu segera merasanya.


Didapati rasa tembikai itu sangat tawar.Apalagi,keluarlah bermacam-macam kecaman dan rungutan dari mulut isterinya disebabkab tembikai yang tawar itu.


Melihat keadaan isterinya yang tidak habis-habis merungut,orang soleh itu pun berkata,"Saya yang membeli tembikai itu di pasar....."


"Ya,saya tahu,"jawab isterinya.


"Pada pendapat awak,ketika saya membeli tembikai di pasar tadi.....apakah saya ingin membeli tembikai yang manis atau yang tawar?"


"Tentu awak hendak beli yang manis,"jawab isterinya.


"Ketika penjual buah-buahan di pasar menjual tembikai itu tadi,adakah dia ingin menjual tembikai yang manis atau yang tawar?"tanya orang soleh itu lagi.


"Tentu sahaja dia hendak menjual tembikai yang manis."


Orang soleh itu berhenti sejenak.Kemudian dia bertanya lagi,"Ketika peraih buah tembikai itu menjual hasil tanamannya kepada penjual di pasar itu,apakah dia hendak menjual tembikai yang mnis atau tawar?"


"Tembikai yang manis,tentunya."


"Ketika pekebun menanam pokok tembikainya dahulu apakah dia inginkan buah yang manis atau tawar?"


"Tentu yang manis."




SEBENARNYA MARAHKAN SIAPA?



"Ketika awak membelah buah tembikai sebentar tadi,adakah awak inginkan buah yang manis atau yang tawar?"


"Saya inginkan yang manis.....Kenapa dengan semua pertanyaan ini?"soal isterinya.


"Ketika semua pihak inginkan buah yang mnis,sebaliknya pula yang berlaku.Buah tembikai itu tawar rasanya!


"Jadi,ketika awak marah-marah tentang rasa tembikai yang tawar,awak sebenarnya marahkan siapa?Bukankah semua orang inginkan buah yang manis?Tetapi kuasa Allah SWT yang memutuskan buah itu yang tawar rasanya.Jadi,ketika awak marah-marah tadi,awak marahkan siapa?Marahkan saya yang membelinya atau awak yang membelah,atau pekedai yang menjual atau penanam yang menanam?Atau Allah SWT yang menentukan rasa tawar itu?"


Sodiqoh-sodiqoh sekalian,antara satu daripada adab makan ialah jangan mengecam makanan sekalipun makanan itu tidak sedap.Jika tidak suka,tinggalkan sahaja.Daripada cerita di atas kita faham bahawa rezeki kita ditentukan oleh Allah SWT.Jika kita tidak mengecamnya,ramai orang yang akan terasa hati.


Mungkin emak atau kakak kita yang yang memasak,ayah kita yang membeli atau diri kita yang yang merasanya.Dan lebih-lebih lagi tanpa kita sedari kita seolah-olah 'mengecam' Allah SWT yang mengurniakan rezeki itu untuk kita.


Jadi bila sodiqoh-sodiqoh makan buah tembikai atau apa sahaja nanti,tak kiralah ia manis atau tawar,maka bersyukurlah.Ingat cerita orang soleh dengan tembikai!

No comments:

Post a Comment