Saturday, February 4, 2012

KATA USTAZ.....



Kata ustaz
Kita ini semuanya
sama
Tiada beza yang tua
mahupun yang muda
Jangan menyombong
atau takbur
Sesama manusia
Sekalipun kita
berpangkat atau
berilmu
Kerana disisi Allah SWT
Kita semuanya sama.....


Kata ustaz
Jangan kita hina orang
yang lemah
Yang kurang berada
Mahupun yang
kurang rupa paras
Tiada beza yang
mengerjakan sawah
Mahupun yang membina perumahan
mewah
Kerana disisi Allah SWT
Kita semuanya sama.....
Kata ustaz lagi
Jangan kita hina
Budak kecil yang comot
lagi berhingus
Kerana dia tiada dosa
Sedangkan kita
Setiap waktu dan ketika
Memenuhi hati kita
Dengan titik-titik noda
Dalam tidur,dalam jaga....


Akhirnya ustaz
berpesan.
Ingatlah!!!
Kita manusia semuanya
adalah sama
Yang membezakan kita
Hanyalah AMAL dan
TAQWA
Biarlah kita kurang
dimata manusia
Tetapi tinggi disisi
ALLAH SWT...


Peliharalah dirimu
Agar tidak dinodai
dengan suasana
Sesungguhnya dirimu
Ada harga diri
Yang tidak ternialai
mahalnya..

No comments:

Post a Comment