Sunday, October 2, 2011

BUATMU IBU

Ibu,
Bergenang airmataku
Terbayang wajahmu yang redup sayu
Kudusnya kasih yang engkau hamparkan
Bagaikan laut yang tak bertepian.


Biarpun kepahitan telah engkau rasakan
Tidak pun engkau merasa jemu
Mengasuh dan mendidik kami
semua anakmu
Dari kecil hingga dewasa.


Hidupmu kau korbankan
Biarpun dirimu telah terkorban
Tak dapat kubalasi
Akan semua ini
Semoga Tuhan memberkati
kehidupanmu ibu.


Ibu,
Kau ampunilah dosaku
Andainya pernah menghiris hatimu
Restumu yang amat kuharapkan
Kerana disitulah letak Syurgamu
Tabahnya melayani kenakalan anakmu
Mengajar erti kesabaran
Kasih sayangmu sungguh bernilai
Itulah harta yang kau berikan.


Ibu,
Dengarlah rintihanku
Untukmu ibu.


Kasihanilah Tuhan
Ibu yang telah melahirkan diriku
Bagaikan kasih ibu sewaktu kecilku
Moga bahagia ibu
Di dunia dan di akhirat sana..

No comments:

Post a Comment