Saturday, April 2, 2011

DIMANAKAH NILAI TUDUNG KITA?


Beginikah cara menutup aurat?

Di sini ana ingin menyentuh sedikit tentang pemakaian tudung kaum wanita kini.Bila wanita menjaga auratnya dari pandangan lelaki bukan muhrim,bukan sahaja dia menjaga maruah dirinya,malah maruah wanita mukmin keseluruhannya.Harga diri wanita ini terlalu mahal.Sebab itu syariat menetapkan supaya wanita pakaiannya adalah pakaian yang longgar dengan warna yang tidak menarik menutup seluruh badannya dari kepala sampai ke kaki.



Jika dilihat pada nilaian dunia,barang-barang berharga seperti intan dan berlian dibungkus rapi dan disimpan pula di dalam peti besi yang berkunci.Begitu juga wanita.Kerana wanita bermaruahlah dia tidak disuruh ditonjolkan tanpa keperluan yang tertentu;dengan batas-batas tertent.Dia mesti bergelanggang dalam gelanggang yang boleh dan sesuai untuknya sahaja yang telah ditentukan garis-garisnya oleh syariat.Wanita tidak selayaknya mengorbankan maruah dan dirinya semata-mata mengejar pangkat,darjat,nama,harta dan kemewahan dunia.



Menyentuh berkenaan pakaian wanita,alhamdulillah sekarang telah ramai wanita menjaga auratnya,sekurang-kurangnya dengan memakai tudungDan di sana sini kita dapat saksikan para wanita kita memakai tudung.Pemakaian tudung penutup aurat sudah melanda dari orang bawah hingga orang atasan,dari peringakt sekolah hinggalah ke pekerja-pekerja di pejabat-pejabat.


Beginikah cara pakai tudung yang betul?


Namun begitu,pelbagai gaya tudung dipakai,pakai tudung tapi masih nampak batang leher,nampak dada,pakai tudung tetapi di masa yang sama pakai kain belah bawah atau berseluar atau sebagainya.Pelbagai warna dan pelbagai gaya tudung dipakai.Pelbagai warna dan pelbagai fesyen tudung direka untuk wanita-wanita Islam kini.


Beginikah adab masuk masjid?



Ada rekaan tudung yang di pakai dengan songkok didalamnya,dihias pula dengan kerongsang(broach)yang menarik.Labuci warna-warni yang dijahit pula diatasnya.Dan berbagai-bagai gaya lagi yang dipaparkan dalam majalah dan surat khabar fesyen untuk tudung.Rekaan itu semua bukannya untuk mengelakkan fitnah tetapi menambahkan fitnah ke atas wanita.

Cara menutup aurat yang betul:)


Walhal sepatutnya pakaian bagi seorang wanita mukmin itu adalah bukan sahaja menutup auratnya malah sekaligus menutup maruahnya sebagai seorang wanita.Iaitu pakaian dan tudumg yang tidak menampakkan bentuk tubuh badan wanita,dan tidak berhias-hias yang mana akan menjadikan daya tarikan kepada lelaki bukan mahramnya.Dan pakaian yang boleh melindungi wanita dari jadi bahan lelaki yang tidak bertanggungjawab.




Bila wanita bertudung tetapi berhias-hias,maka terjadilah pakaian wanita Islam sekarang walaupun bertudung,tetapi semakin walaupun bertudung,tetapi semakin membesarkan riak dan bangga dalam diri.Sombong makin bertambah.Jalan mendabik dada.Terasa tudung kitalah yang paling cantik,up-to-date,sofistikated,bergaya,ada kelas.Bertudung tapi masih ingin bergaya.




Kesimpulannya,tudung yang kita pakai tidak membuahkan rasa kehambaan.Kita tidak rasa diri ini hina,masih banyak dosa dengan Tuhan mahupun dengan manusia.Kita tidak terasa bahawa menegakkan syariat dengan bertudung ini hanya satu amalan yang kecil yang mampu kita laksanakan.Kenapa hati mesti berbunga dan berbangga bila boleh pakai tudung?




Ada orang bertudung tetap lalai atau tidak sembahyang.Ada orang bertudung yang masih terlibat dengan pergaulan bebas.Ada orang yang bertudung yang masih menyentuh tangan-tangan lelaki yang bukan mahramnya.Dan bermacam-macam lagi maksiat yang dibuat oleh orang-orang yang bertudung termasuk kes-kes besar seperti zina,khalwat dan sebagainya.




Jadi,nilai tudung sudah dicemari oleh orang-orang yang sebegini.Orang Islam lain yang ingin ikut jejak orang-orang yang bertudung pun tersekat melihat sikap orang-orang yang mencemari hukum Islam.Mereka merasakan bertudung atau menutup aurat sama sahaja denagn tidak bertudung.Lebih baik tidak bertudung.Mereka rasa lebih bebas lagi.




Orang-orang bukan Islam tawar hati untuk masuk Islam kerana sikap umat Islam yang tidak menjaga kemuliaan hukum-hakam Islam.Walaupun bertudung,perangai mereka sama sahaja dengan orang-orang bukan Islam,mereka tidak nampak perbezaan agama Islam dengan agama mereka.




Lihatlah betapa peranan tudung untuk dakwah orang lain.Selama ini kita tidak sedar diri kitalah agen bagi Islam.Kita sebenarnya pendakwah Islam.Dakwah kita bukan seperti pendakwah lain tapi hanya melalui pakaian.




Jika kita tutup autar tetapi tidak terus memperbaiki diri lahir dan batin dari masa ke semasa,kitalah punca gagalnya mesej Islam untuk disampaikan.Jangan lihat orang lain.Islam itu bermula dari diri kita sendiri.



Ini tidak bermakna jika akhlak belum boleh jadi baik tidak boleh pakai tudung.Aurat,wajib ditutup tapi baikilah diri dari semasa ke semasa.Tudung di luar tudung di dalam (hati).Buang perangai suka mengumpat,suka berdengki,suka berbangga,ego,riak dan lain-lain penyakit hati.




Jika sudah mula menutup aurat elak-elaklah diri dari suka bertengkar.Hiasi diri dengan sifat tolak ansur.Sentiasa bermanis muka.Elakkkan pergaulan bebas lelaki perempuan.Jangan ke hulu hilir dengan boy friend.Serahkan pada Allah SWT tentang jodoh.Memang Allah SWT sudah tetapkan jodoh masing-masing.Yakinlah pada pengaturan Allah SWT.




Apabila sudah menutup aurat,cuba tingkatkan amalan kita.Cuba jangan tinggal sembahyang lagi terutama bila dalam waktu bekerja.Cuba didik diri jadi orang lemah-lembut.Buang sifat kasar dan suka bercakap dengan suara meninggi.Buang sikap suka mengmpat,suka mengkeji dan mengata hal orang lain.Jaga tata tertib sebagai wanita Islam.Barulah nampak Islam ini indah dan cantik kerana indah dan cantiknya akhlak yang menghiasi peribadi wanita muslimah.




Barulah orang terpikat untuk amalkan Islam.Baru orang bukan Islam hormat dan mengakui "Islam is really beautiful."Semuanya bila individu Islam itu sudah cantik peribadinya.Oleh itu wahai wanita-wanita Islam sekalian,anda mesti mengorak langkah sekarang sebagai agen pengembang agama melalui pakaian.




Wallhu'alam.......

No comments:

Post a Comment