Friday, April 8, 2011

BERPAKAIAN TAPI 'BERLENGGING'



Assalamu'alaikum wbt....





Hari ini kita dikejutkan dengan budaya yang mencampuradukkan antara syariat dan fesyen.Dimomokkan pula dengan pelbagai rekaan fesyen yang menggunakan nama Islam seperti yang dilakukan oleh isteri salah seorang pembesar negara di Islamic Fashion Festival di Monaco baru-baru ini.Sebagai contohnya seperti gambar di atas.Bertudung namun mengenakan legging dan blaus lengan pendek ataupun tiada lengan.Adakah fesyen ini sudah menepati tuntutan keperluan menutup aurat seperti yang dianjurkan oleh Allah SWT?Jika tidak,apakah dia pakaian wanita Islam yang menepati syariat 100%?Marilah kita sama-sama mengupas isu hangat ini yang sering dibakul sampahkan oleh sesetengah golongan.



Allah SWT telah menjadikan setiap kejadian ini berpasang-pasangan.Malam pasangannya siang,rajin pasangannya malas,tidur pasangannya jaga dan lalaki pasangannya perempuan.Disebabkan perempuan untuk lelaki,maka Allah SWT telah menciptakan bentuk badan wanita itu dapat memikat lelaki.Bila berkata tentang terpikat sesungguhnya ini ada hubungkaitnya dengan nafsu.Ia ada pula perkaitannya dengan bisikan syaitan.Jadi,untuk mengawal nafsu mestilah dikawal dengan iman.Tetapi untuk mendapatkan iman mestilah menurut perintah ALLAH SWT dan RASUL serta menjauhi segala kemungkaran.





Pada mata lelaki,perempuan ini adalah simbol.Simbol apa ya?Ana pasti ukhti-ukhti juga tahu maksudnya.



Orang lelaki mempunyai imaginasi yang nakal jika tidak di kawal dengan iman.Mata lelaki ni selalu menjalar apabila terpandang seorang wanita.Setiap bentuk badan wanita akan dihayati oleh seorang lelaki dengan pelbagai tafsiran nakal nafsu.Apabila seorang lelaki melihat seorang perempuan,maka perkara pertama yang akan dilihat oleh seorang lelaki adalah rambut perempuan itu.Sebab itulah wanita berkewajipan untuk menutup rambutnya.
Kelihatan menutup aurat,namun tudung tidak
menutup dada dan menjadi tatapan mata-mata nakal.


Apabila rambut wanita itu tidak di tutup,maka mata lelaki ini akan turun ke bawah melihat lehernya,maka wajiblah wanita itu menutup lehernya dengan melabuhkan tudungnya.Seterusnya mata lelaki ini akan turun lagi melihat bentuk dadanya,sebab itulah wanita berkewajipan untuk menutup dadanya dengan melabuhkan tudungnya.



Setelah itu,mata lelaki ini akan turun lagi melihat bentuk rampingnya,sebab itulah wanita perlu dan wajib untuk melabuhkan pakaian supaya tidak ternampak bentuk pinggangnya.Kemudian,mata lelaki ini akan turun lagi melihat pula bentuk punggungnya,maka wajiblah wanita itu membesarkan pakaiannya agar bentuk punggung tidak kelihatan dan lelaki ini seterusnya akan melihat bentuk pahanya.Maka,janganlah sesekali wanita ini memakai kain yang agak ketat hingga nampak bentuk pahanya.



Mata lelaki ini akan turun lagi,melihat kepada kaki perempuan.Oleh itu,wajiblah seorang wanita itu memakai stoking yang warnya tak sama sekali dengan warna kulit kita.Tolonglah....agar mata-mata lelaki ini tak berdosa.Sesudah itu,mata lelaki ini akan kembali semula ke atas.Menengok pula bentuk tangan yang cantik pada pandangan mata lelaki.Maka,tolonglah wahai mulimah semua,labuhkanlah tudung kita menutupi bentuk tangan kita.Tak pun,pakailah sarung lengan yang ada sekarang ini lebih afdal....kat Mydin banyak jual.



Wahai lelaki,janganlah pula kamu melihat mukanya kerana ia akan menimbulkan fitnah kecualilah jika kamu nak meminangnya.Dan jika wanita itu sangat solehah,takut muka yang cantik itu akan menimbulkan fitnah....maka berpurdahlah jika itu yang lebih baik buat kamu.Tetapi,mata lelaki ini ada satu jenis penyakit lagi iaitu mata lelaki ini akan tertangkap secara spontan bila ternampak warna yang terang.Oleh itu,wanita sekalian janganlah pakai pakaian yang warnanya terang sangat,jika nak pakai sekalipun pakailah untuk zauj di rumah.Lebih selamat.



Ingatlah,apa yang ada pada seorang wanita itu tidak ada pada lelaki.Itulah specialnya wanita,maka peliharalah ia sebaik mungkin dan serahkan itu semua kepada yang halal iaitu untuk zauj kita.Ingatlah,hukum Allah SWT itu adalah untuk kebaikan kita juga.Tiada ruginya pada Allah SWT tapi amat malang jika kita melanggarnya.Dan pada kaum lelaki,mata kamu itu wajib untuk tak mencuri melihat wanita ajnabi dan dilarang sangat oleh Allah SWT dan Rasul.


Dibawah merupakan gambar-gambar fesyen yang menghina Islam(halal+haram=HARAM).






Dalam hadis Rasulullah SAW riwayat Muslim:"Ada dua golongan penghuni neraka yang aku belum pernah melihatnya.Laki-laki yang tangan mereka menggengam cambuk yang mirip ekor sapi untuk memukuli orang lain dan wanita-wanita yang berpakaian namun telanjang dan berlenggak-lenggok.Kepalanya bergoyang-goyang bak bonggol unta.Mereka itu tidak masuk Syurga dan tidak pula mencium baunya.Padahal sesungguhnya bau Syurga itu boleh tercium dari jarak sekian dan sekian."




Penerangan hadis;




Hadis di atas adalah antara hadis-hadis yang memperincikan masalah aurat dalam syariat Islam.Istilah aurat diambil dari perkataan Arab 'Aurah' yang bererti keaiban.Manakala dalam istilah fekah pula aurat diertikan sebagai bahagian tubuh badab seseorang yang wajib ditutup atau dilindungi dari pandangan yang bukan mahram.Arahan menutup aurat ini adalah hasil dar eyakinan keagamaan dan ikatan syahadah yang termeterai dengan pengakuan lisan dan pengiktirafan dengan hati terhadap kebenaran agama Islam.Ia adalah hubungan yang terjalin antara manusia dengan Allah SWT atau agama yang dianutinya.Ia lambang penyerahan diri dan persetujuan terhadap perintah Allah SWT.Dalam masa yang sama ia juga tuntutan ibadah dan syariat Islam yang menjadi sebahagian dari anutan,amalan dan penghayatan agama.Ia bukan simbol yang tidak memberikan apa-apa fungsi apatah lagi untuk menandakan atau menunjuk-nunjuk scara provokasi keangkuhan beragama.




Ada beberapa dalil yang menunjukkan wajibnya menutup aurat bagi wanita muslimah,antara lain:



Dalam al-Quran surah an-Nur ayat 31,"Dan katakanlah kepada wanita-wanita yang beriman:"Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya kecuali yang biasa nampak dari padanya.Dan hendaklah mereka menutupkan khumurnya(tudung) ke dadanya,dan janganlah menampakkan perhiasan kecuali kepada suami mereka,atau ayah m ereka,atau ayah suami mereka,atau putera-putera mereka,atau putera-putera mereka,atau putera-putera suami mereka,atau saudara laki-laki mereka,atau putera-putera saudara laki-laki mereka,atau putera-putera mereka,atau putera-putera saudara-saudara perempuan mereka,atau wanita-wanita Islam,atau hamba abdi yang m ereka miliki,atau pelayan laki-laki yang tidak mempunyai keinginan terhadap wanita atau anak-anak yang belum mengerti tentng aurat wanita..."



Ayat ini menegaskan empat hal:-

1.Perintah untuk menahan pandangan dari yang diharamkan oleh Allah SWT.


2.Perintah untuk menjaga kemaluan dari perbuatan yang haram.


3.Larangan untuk menampakkan perhiasan kecuali yang biasa tampak.


Para ulama mengatakan bahaa ayat ini juga menunjukkan akan haramnya anggota badan tempat perhiasan tersebut.Sebab,jika perhiasannya saja dilarang untuk ditampakkan apalagi tempat perhiasan itu berada.Sekarang marilah kita perhatikan penafsiran para sahabat dan ulama terhadap kata"....kecuali yang biasa tampak..."dalam ayat tersebut.Menurut Ibnu Umar R.A yang biasa nampak adalah wajah dan telapak tangan.Begitu pula menurut 'Atho,'Imam Auzai dan Ibnu Abbas R.A.Hanya saja beliau(Ibnu Abbas) menambahkan cincin dalam golongan ini.Ibnu Mas'ud R.A. mengatakan maksud kata tersebut adalah pakaian dan jilbab.Said bin Jubair R.A. mengatakan maksudnya adalah pakaian dan wajah.Dari penafsiran para sahabat dan para ulama ini jelaslah bahawa yang boleh tampak dari tu buh seorang wanita adalah wajah dan kedua telapak tangan.Selebihnya hanyalah pakaian luarnya saja.




Perintah untuk menutupkan khumur ke dada.Khumur adalah bentuk jamak dari khimar yang bererti kain penutup kepala(tudumg).Ini menunjukkan bahawa kepala dan dada adalah juga termasuk aurat yang harus ditutup.Bererti tidak cukup hanya dengan menutupkan tudung pada kepala saja dan hujungnya diikatkan ke belakang.Tapi hujung tudung tersebut harus dibiarkan terjuntai menutupi dada.Penekanan untuk tidak memperlihatkan perhiasan dan aurat kepada lelaki asing(bukan mahram) kecuali kepada orang-orang yang tertentu saja seperti suami,anak dsd.



Surah al-Ahzab;59"Hai Nabi,katakanlah kepada isteri-isterimu,anak-anak perempuanmu,dan isteri-isteri orang-orang mukmin:'Hendaklah mereka mengulurkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka'.Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal dan oleh kerananya mereka tidak diganggu.Dan Allah SWT Maha Pengampun
lagi Maha Penyayang."(Al-Ahzab;59).



Pengertian jilbab ialah:


a)Pakaian yang menutupi badan langsung dari atas sampai bawah.


b)Pakaian yang lebih lebar dari tudung.


c)Pakaian luar wanita seperti jubah,gamis(baju panjang).



d)Menurut Ibnu Arabi,jilbab adalah pakaian yang menutupi seluruh badan dari kepala hingga mata kaki.



e)Al-Khatib asy-Syarbini dari al-Khalil menjelaskan bahawa setiap pakaian dalam,pakaian luar dan pakaian yang dipergunakan untuk menutupi adalah jilbab,jika yang dimaksudkan dengan jilbab itu adalah gamis,maka mengulurkannya itu adala
h menyempurnakannya hingga menutup tubuh dan kedua kakinya.




Ayat ini menjelaskan pada kita bahawa menutup seluruh tubuh adalah kewajipan setiap wanita muslimah dan merupakan tanda keimana mereka.Menutup aurat adalah salah satu dari kewajipan yang telah ditetapkan bagi muslimah,sedang
kan menuntut ilmu adalah kewajipan lain yang berlaku untuk seumur hidup.




Hadis sahih ini menjelaskan bagaimana wanita yang tidak mencium bau Syurga disebabkan kerana mereka berpakaian namun telanjang,ertinya pa
kaian yang mereka kenakan sempit,transparent(terlalu jarang/nipis membayang) dan menampakkkan bentuk tubuh sehingga Rasulullah SAW mengumpankannya dengan 'berpakaian namun telanjang'.Pakaian yang transparent tidak dapat memenuhi kriteria sebagai penutup aurat,kerana warna kulit masih terlihat,pakaian tersebut juga tidak boleh dipakai untuk solat,apalagi untuk keluar rumah.Al-Nawawi dalam syarahnya menjelaskan bahawa wanita yang berpakaian tetapi seperti telanjang tersebut adalah wa
nita yang berpakaian dengan menutupi sebahagian badannya dan membiarkan terbuka sebahagian yang lain,atau wanita yang berpakaian tipis sehingga terlihat warna kulit dan betuk tubuhnya.



Dalam hadis riwayat Aisyah R.A,bahawasanya Asma binti Abu Bakar masuk menemui Rasulullh SAW dengan pakaian yang tipis,lantas Rasulullah SAW berpaling darinya dan berkata,"Hai Asma,sesungguhnya jika seorang wanita sudah mencapai usia haid(akil baligh) maka tak ada yang layak terlihat kecuali ini,"sambil beliau menunjukkan wajah dan telapak tangan.(HR Abu Daud dan Baihaqi).




Hadis ini menunjukkan dua hal:



a.Kewajipan menutup seluruh tubuh wanita kecuali wajah dan telapak tangan.


b.Pakaian yang tipis tidak memenuhi syarat untuk menutup aurat.



Iman Syafie berpendapat:Perhiasan yang dimaksudkan dalam ayat di atas terbahagi kepada dua makna iaitu:



1.Perhiasan yang bersifat semula jadi seperti muk
a,pipi,mulut,mata,bibir,hidung,kaki,betis,peha dan lain-lain anggota.


2.Perhiasan seperti pakaian,alat-alat solek,cincin,rantai leher,gelang kaki dan sebagainya.




Sekiranya wajah anda seperti diatas,dinasihatkan
memakai purdah kerana
wajah yang cantik akan menjadi tumpuan lelaki,dengan memakai
purdah mengelakkan fitnah
dan pandangan kaum lelaki bukan mahram.


Kewajipan menutup aurat di hadapan lelaki bukan mahram adalah sangat penting dan perlu dilaksanakan oleh setiap wanita,bagi mengelak daripada berlaku perkara yang tidak diingini seperti rogol,cabul dan sebagainya.Perkara ini terjadi disebabkan memuncaknya nafsu para lelai akibat dari penglihatan terhadap wanita memakai pakaian yang tidak senonoh dan mendedahkan sebahagian tubuh badan mereka.Ini bermakna penutupan aurat iaitu adalah satu bentuk jaminan keselamatan yang diajukan oleh Islam untuk melindungi kepentingan wanita.Jika dilihat dari sudut psikologi dan sosial maka pakaian menutup aurat termasuk tudung adalah selaras dengan matlamat murni untuk mewujudkan kejernihan sosial dan mengekang pengaruh rangsangan berahi seks yang jika sudah terkobar sukar dibendung.Hal ini akan menggegat maruah dan keselamatan kaum wanita.




Dari sudut kesihatan pakaian yang menutup aurat termasuk yudung kepala lebih menjamin kesihatan diri dari debu dan kotoran persekitaran.Bagi kaum wanita yang berada di negara beriklim sederhana atau dingin maka pakaian sebegini bukan hanya merupakan keharusan bahkan amat dituntut memandangkan cuaca yang boleh memudartkan diri emreka jika terdedeah kepada cuaca berkenaan.


Yang lebih penting dalam hal ini ialah berfikir dengan lebih seimbang dan objektif dan tidak berat sebelah dalam melihat isu tudung dan pakaian yang menutup aurat ini.Jaminan kebebasan manusia untuk beragama perlu dipertahankan.Negara tidak akan runtuh hanya kerana wanitanya menutup aurat atau bertudung.Negara runtuh dengan budaya porno,seks bebas,penindasan,sikap tidak bertoleransi dan kehilangan disiplin kendiri yang dijana oleh persekitaran sosial yang mewabak.



Dari sebahagian dalil dan perbincangan yang telah diurakan tersebut di atas kita dapat memahami bahawa menutup aurat adalah wajib.Bererti jika dilaksanakan akan menghasilkan pahala dan jika tidak di lakukan maka akan menuai dosa.Kewajipan menutup aurat ini tidak hanya berlaku pada saat solat sahaja namun juga pada semua tempat yang memungkinkan ada lelaki-lelaki lain dapat melihat aurat kaum wanita.



Zaujah yang solehah adalah yang membuka perisai
malunya untuk zauj di kamar zauj,dan memakai kembali
perisai malunya sebaik sahaja keluar dari kamar zaujnya.



Jadi adakah ada batasan aurat diantara perempuan Islam dan perempuan bukan Islam?



Soalan;-


Ana seorang pelajar IPTA yang ditempatkan sebilik di marhalah bersama seorang wanita bukan Islam.Apakah batas aurat ana?



Jawapan:-



Pandangan kebanyakan(jumhur)ilmuan Islam adalah batas aurat muslimat terhadap wanita bukan Islam ialah sama seperti terhadap seorang lelaki yang boleh dinikahinya.Segelintir lain berpendapat ia adalah antara pusat dan lutut.Perbezaan pandangan berlaku dalam menafsirkan perkataan "perempuan-perempuan mereka" dalam ayat yang berbicara tentang aurat muslimat."Dan janganlah mereka(perempuan-perempauan beriman) memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada........perempuan-perempuan mereka.......(Surah an-Nur,ayat 31).



Untuk syarat minimun,jika seorang muslimat berdepan dengan wanita bukan Islan yang aman dari fitnah dan boleh dipercayai maka aurat minimun yang wajib ditutup ialah adalah antara pusat dan lutut.Sebaliknya jika berhadapan dengan wanita bukan Islan yang boleh menimbulkan fitnah atau yang tidak dikenali latarbelakangnya,maka auratnya adalah seperti apabila berhadapan dengan lelaki yang boleh dinikahinya iaitu menutup keseluruhannya.Namun untuk langkah keselamatan eloklah sekiranya keseluruhan aurat ditutup sepenuhnya.

No comments:

Post a Comment