ELAK BERJUMPA SECARA BERDUA-DUAAN.Sebaiknya,sekiranya mahu bertemu,jemputlah datang ke rumah keluarga dan berjumpa dalam suasana yang terjaga.Biar ibubapa atau ada orang lain yang diamanahlan menjadi saksi pertemuan itu.
JAGALAH KOMUNIKASI.Semasa tempoh berkawan dan bertunang jangan biasa panggil,'abang','sayang',darling' dan seumpamanya.Gunakan perkataan itu apabila telah berkahwin.Cukuplah dengan panggilan yang biasa dipanggil seperti mana sahabat-sahabat lain memanggilnya.
JANGAN BERCAKAP DENGAN SUARA MANJA sehingga lelaki jadi geli-gelaman hingga menaikkan syahwat nafsu.Bertutur dalam nada biasa dan tundukkan sedikit pandangan supaya tidak memandang tepat ke arah si lelaki.
JAGALAH AURAT BAGI YANG PEREMPUAN.Jangan dedahkan gambar tidak menutup aurat dalam sembang(facebook),telefon bimbit milik sendiri atau kawan-kawan.
Bagi lelaki dan wanita JAGALAH PERGAULAN dan jangan buat perkara-perkara yang membawa kepada maksiat dan dosa.JANGAN BERBANGGA-BANGGA DENGAN HARTA dan kemewahan yang ada.Rasulullah SAW menegaskan,"JANGAN NIKAHI WANITA KERANA KEKAYAANNYA,KERANA KEKAYAAN ITU BOLEH MEMBUATKAN ISTERI BERANI MELAKUKAN MAKSIAT.TETAPI NIKAHILAH KERANA AD-DINNYA,IAITU AGAMANYA."(Riwayat Ibn Majah Baizar daripara Abdullah bin'Amr)
No comments:
Post a Comment