Saturday, February 26, 2011

ISTERI YANG MENYELESAIKAN MASALAH SUAMI


ISTERI SOLEHAH


Ummu Salamah,salah seorang isteri Rasulullah SAW yang memiliki fikiran yang tajam,pintar dan tepat buah fikirannya.Beliau sangat aktif menyumbangkan masa,tenaga dan fikirannya demi memperjuangkan agama Islam.





Semasa perdamaian kaum Muslimin supaya membuat penyembelihan unta atau domba sebagai dam kerana mereka terhalang daripada melaksanakan haji.Setelah perintah dikeluarkan,masih tiada daripada kalangan mereka yang melakukannya.





Ummu Salamah menyuarakan pendapatnya setelah Rasulullah SAW datang menemuinya.Beliau berkata kepada Rasulullah SAW:"Wahai Nabi Allah SWT,cubalah tuan keluar tanpa berkata kepada siapapun hingga tuan menyembelih unta tuan sendiri kemudian mencukur rambut tuan.InsyaAllah apabila mereka memandang pebuatan tuan,nantikan ditirunya."





Rasulullah SAW menerima pandangan tersebut.Setelah kaum muslimin melihat Rasulullah SAWW menyembelih unta dan mencukur rambutnya,merekapun segera berebut-rebut menyembelih unta dan mencukur rambut.

No comments:

Post a Comment