Saturday, January 8, 2011

NASIB BAIK BUKAN BUAH LABU.......


Pada suatu masa,Abu Nawas telah pergi bersiar-siar.Setelah kepenatan,Abu Nawas pun berehat di bawah sepohon pokok badam dan di hadapannya terdapat sepokok labu yang menjalar serta mempunyai buah yang sungguh besar.




Melihat saiz kedua-dua buah labu dan badam itu,terdetik di hati Abu Mawas:"Maha suci Allah SWT,engkau ciptakan buah labu yang begitu besar ini dari pokoknya yang kecil dan menjalar di bumi,dan Engkau jadikan pula buah badam dari batang dan dahannya yang besar!"









Sedang Abu Nawas memikirkan tentang mengapakah Allah SWT menciptakan pokok-pokok itu sedemikian rupa,tiba-tiba sebiji buah badam jatuh di atas kepalanya."Aduh!"Abu Nawas menjerit kerana terkejut.Apabila mendapati yang jatuh di atas kepalanya tadi adalah buah badam,anggota badan Abu Nawas terus menggeletar.Abu Nawas menjadi takut.





Lalu Abu Nawas terus berdoa dan bermunajat kepada Allah SWT:"Ya Allah,aku bertaubat kepadaMu dan sesungguhnya aku tidak mahu masuk campur lagi dalam urusan ciptaan Engkau.Sesungguhnya segala kejadian yang Engkau jadikan semuanya itu ada hikmah yang aku tidak mengetahuinya.




"Ya Allah wahai tuhanku,bermula hari ini aku tidak akan mempertikaikan lagi akan segala kejadian yang telah engkau ciptakan.Jika Engkau jadikan buah labu itu di atas pokok yang besar ini dan Engkau jadikan buah badam yang jatuh itu adalah labu,maka sudah pasti aku sekarang ini di ambang maut."

No comments:

Post a Comment