Saturday, January 8, 2011

MUTIARA KITAB SUCI

Surah Al-Mulk
Nabi Muhammad saw bersabda;'Bagi segala sesuatu ada perhiasan dan perhiasan al-quran ialah surah al-mulk,barangsiapa membacanya pada setiap malam,Allah SWT akan menghiasi rumah baginya di dalam syurga.'



Surah al-Waqiah(kejadian yang besar)
Ibnu Mas'ud r.a meriwayatkan bahawa Nabi saw bersabda;
"Barangsiapa membaca surah al-waqiah pada malam hari nescaya dia terhindar dari kebuluran.'Ibnu mas'ud menyuruh anak-anaknya membaca surah ini pada setiap malam.Barangsiapa membaca surah al-waqiah sebanyak 41x nescaya segala doa dan permohonannya akan diperkenankan oleh Allah swt.



Surah Yasin
Nabi Muhammad saw bersabda;'tiap-tiap sesuatu mempunyai hati dan hati-hati al-quran ialah surah yasin.'Hadis lain pula mengatakan barangsiapa membaca surah yasin nescaya terampun segala dosanya kecuali syirik.
Baginda saw menyuruh para sahabat membaca surah yasin kepada orang yang sedang bertarung menghadapi sakaratulmaut bagi meringankan kekerasan azab yang di hadapinya.Barangsiapa membaca surah yasin sekali selepas tiap-tiap sembahyang jumaat,nescaya di selamatkan daripada seksaan kubur
.

No comments:

Post a Comment