Suatu hari,Abu Nawas mengenakan pakaian seperti orang biasa sewaktu bertandang ke pesta anjuran seorang bangsawan.Sebaik sampai di sana,tiada seorang pun wakil@ rumah yang datang melayaninya.
Paling malang,Abu Nawas di usir kerana penampilan yang buruk itu di anggap cuba merosakkan majlis.Abu Nawas pulang semula ke rumah.Dia memakai pakaian serba baru lagi indah.Bajunya kali ini sangat cantik,layak di pakai golongan bangsawan.
Sampainya di pesta berkenaan,2 pelayan terus menyambut Abu Nawas.Mereka menghidangkan makanan dan minuman yang lazat.Apabila melihat dia di layan sebegitu rupa,Abu Nawas lantas melucutkan pakaian indah yang di pakainya sebentar tadi,sambil mengeluh.
"Aduhai pakaian,makanlah makanan yang di sediakan oleh tuan rumah.Inilah hakikat dunia,kerana di hargai di sini ialah dirimu,bukan aku!"sindir Abu Nawas lalu meninggalkan pesta berkenaan.
Tuan rumah dan para tetamu terkejut melihat tingkah laku mengejutkan oleh Abu Nawas.Secara diam-diam,mereka merasa terpukul dengan sindiran itu dan mengaku kebenaran kata-kata Abu Nawas.
No comments:
Post a Comment