Mengikut cerita sebenarnya,pada suatu ketika di Sepanyol,pada zaman pemerintahan Islam,beberapa orang paderi telah berkumpul di sebuah gereja.Mereka diketahui oleh Sir George Valentino merancang untuk mengadakan satu sambutan atau jamuan yang turut melibatkan para ulama' dan ilmuan Islam bagi menjalinkan hubungan muhibbah.Untuk tujuan tersebut,mereka telah memaklumkan kepada sebahagian besar ulama' dan ilmuan yang akan dijemput itu bahawa segala hidangan akan dipastikan halal dan tiada arak dihidangkan.Mereka juga menjamin bahawa perjalanan jamuan itu akan terkawal memandangkan itu adalah satu jamuan yang bertujuan untuk menjalinkan hubungan baik antara kedua-dua pihak.
Setelah persetujuan dicapai,mereka menetapkan tarikh14 Febuari untuk melaksanakannya.Maka pada tarikh tersebut,berhimpunlah sebahagian besar ulama' dan ilmuan Islam dari seluruh Sepanyol ini di rumah Sir Valentino.Pada ketika inilahtanpa diketahui oleh mereka,paderi-paderi dan orang Kristian telah membakar rumah tersebut sedangkan ulama' dan ilmuan Islam ini terperangkap di dalamnya.Maka syahidlah beratus-ratus ulama' ini dengan perancangan busuk dan jahat orang-orang kafir.
Mengenangkan Sir Valentino berjaya membunuh ratusan ulama' dan ilmuan Islam inilah,maka diisytiharkan 14 Febuari sebagai hari kekasih atau hari valentine dan kita dengan jahilnya pun turut sama meraikan kejayaan pihak kafir ini.
Justeru itu,fikirkanlah apa yang telah kita lakukan selama ini.Janganlah hanya kerana desakan pasangan dan kecetekan ilmu,kita menggadaikan kemuliaan agama kita.Ingatlah bahawa Islam sekarang telah di serang menggunakan pelbagai cara dari pelusuk dunia samaada secara senyap atau terang-terangan,cuma kita masih belum diuji dengan satu ancaman yang dahsyat.Oleh yang demikian,berhati-hatilah dengan sebarang bentuk aktiviti dan sambutan yang boleh merosakan aqidah kita.Mudah-mudahan Allah SWT memberikan taufiq dan hidayah-Nya dan mengampunkan kita semua.Amin.......
Wallahu'alam.
No comments:
Post a Comment