Tuesday, September 14, 2010

PETUA UNTUK WANITA

Banyak gadis berparas gilang-gemilang,
Tetapi mereka telah hina kerana kecantikan,
Banyak perempuan yang kaya bersalut emas intan cemerlang,
Tetapi mereka telah redam kerana hartanya.


Lihatlah,alangkah banyaknya orang berpangkat telh menjadi melarat,
Mereka berbangga dengan bangsanya,
Sedang bangsa itu dapat orang beli dan jual dengan harta dunia,
Mereka berbangga dengan pangkatnya,sedangkan pangkat itu dapat
diperolehi dengan melupakan makrifat.



Tetapi tuan!Hanya sedikit masuk bilangan,
Lelaki perempuan yang berbudi pekerti,
Mereka inilah yang mulia sepanjang zaman,
Dan merekalah yang hidup di alam abadi.



Sebab itu tuan!Sambutlah petua seorang kawan,
"Bila tuan masih gadis,jadilah gadis
yang tinggi budinya,demi setelah tuan kelak jadi ibu dan
isteri,jadilah seorang perempuan yang budiman.



Ibu Melayu.
Hiburan,1 JUN 1948
Sumber:Mengenangmu puisi-puisi Melayu
Berunsur Islam 1933-1986

No comments:

Post a Comment