Sunday, May 11, 2014
MUSLIMAH SEJATI ITU
Muslimah sejati bukan dilihat dari kecantikan
dan keayuan wajahnya semata-mata.
Wajahnya hanyalah satu peranan yang amat
kecil.
Muslimah sejati adalah dilihat dari
kecantikan dan ketulusan hatinya yang
tersembunyi kerana yang tersembunyi itulah
yang terbaik..
Muslimah tidak dilihat dari bentuk tubuh
badannya yang mempersona, tetapi dilihat dari
mana ia menutupi bentuk tubuhnya yang
mempersona.
Muslimah sejati bukanlah dilihat dari
sebanyak mana kebaikan yang diberikannya,
tetapi dari keikhlasan ketika ia memberikan
segala kebaikan itu.
Muslimah sejati bukanlah
dilihat dari beberapa indah lantunan suaranya
tetapi dilihat daripada apa yang sering
mulutnya bicarakan.
Muslimah sejati bukanlah dilihat dari
bagaimana keahliannya berbahasa, tetapi
dilihat daripada bagaimana caranya berbicara
dan berhujah kebenaran.
Muslimah sejati bukan dilihat daripada
keberaniaannya dalam berpakaian grand tetapi
dilihat daripada sejauh mana ia berani
mempertahankan kehormatannya melalui apa
yang dipakainya yg menurut syara'.
Muslimah sejati bukan dilihat dari
kekhuwatirannya digoda orang di tepi jalan
tetapi dilihat daripada kekhuwatirann
dirinyalah yang megundang orang tergoda.
Muslimah sejati bukanlah dilihat dari
seberapa banyak dan besarnya ujian yang ia
jalani tetapi dilihat dari sejauh mana ia
menghadapi ujian itu dengan penuh rasa redha
dan kehambaan kepada TUHANnya, dan ia
sentiasa bersyukur dengan segala kurniaan
yang diberi...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment