Wednesday, January 1, 2014

SAIDATINA HAFSAH...Wanita Kuat Beribadah

Hafsah binti Umar bin Khattab bin Naf'al bin Abdul-Uzza bin Abdullah bin Qurt bin Rajah bin Adi bin Luay adalah daripada suku Arab Adawiyah.Dia dilahirkan pada tahun Rasulullah SAW memindahkan Hajar Aswad ke tempatnya semula apabila Kaabah dibangunkan kembali setelah roboh dek bencana banjir.


Saidatina Hafsah lahir beberapa hari selepas Fatimah azZahra dilahirkan.Jika kelahiran Fatimah disambut dengan gembira oleh Rasulullah SAW,kelahiran Hafsah sebaliknya menimbulkan keberangan dan keresahan umar,sebagaimana kebiasaan bapa-bapa Arab Quraisy ketika mendengar berita kelahiran anak perempuannya.Waktu itu mereka menganggap bahawa kelahiran anak peempuan telah membawa aib bagi keluarga.


Hafsah,walaupun bukanlah daripada golongan awal yang memeluk Islam,tetapi memberikan sumbangan besar dalam Islam.Dialah isteri Nabi yang pertama kali menyimpan al-Quran dalam tulisan pada kulit,tulang dan pelepah kurma,hinggalah kemudiannya menjadi sebuah kitab yang sangat agung.


Hafsah berkahwin dengan mewarisi sifat ayahnya,Umar bin Khattab.Dalam soal keberanian,dia berbeza dengan wanita-wanita lain.Dia mempunyai keperibadian yang teguh dan ucapannya tegas.Selain itu Hafsah memiliki kbolehan membaca dan menulis di mna pada ketika itu belum ramai wanita mempunyai kebolehan sepertinya.


Hafsah,berkahwin setelah berhijrah ke Madinah.Suaminya,Khunais bin Hudzafah as-Sahami merupakan seorang pemuda yang sangat mencintai Rasulullah SAW sebagaimana dia pun mencintai keluarga dan kampung halamannya.Dia sanggup berhijrah ke Habsyah untuk menyelamatkan diri dan agamanya.Rumah tangga yang dibina atas persetujuan Umar sendiri berdiri tegu berpaksikan keimanan dan ketakwaan.


Hafsah adalah seorang isteri yang berjiwa kental dan sabar.Dia setia berada di sisi suaminya,mengubati luka parah yang dialami suaminya ketika Perang Badar.Tetapi Allah SWT lebih menyayanginya dan syahidlah Khunais meninggalkan Hafsah sebagai janda ketika berusia 18 tahun.Hafsah tetap tabah walaupun terpaksa berhadapan dengan ujian yang sangat besar.


Telah menjadi adat dan resam orang-orang Arab di zaman jahiliah dan selepas Islam,di mana mereka menawarkan anak perempuan kepada seorang lelaki yang dilihat baik dan sekufu.Begitulah juga yang telah dibuat oleh Saidina Umar r.a. setelah anaknya Saidatina Hafsah kematian suami.


Beliau yang amat bersimpati dengan puterinya telah bertemu dengan dua sahabat yang sangat akra dengannya iaitu Saidina Abu Bakar dan Saidina Uthman.Berbicara dengan Abu Bakar bertanyakan tentang puterinya Hafsah,Saidina Abu Bakar hanya diam tidak berkata apa-apa.Saidina Umar faham akan diamnya Saidina Abu Bakar.


Selepas itu dia telah menemui Saidina Uthman yang baru sahaja kehilangan isteri tercinta iaitu Saidatina Ruqayyah binti Rasulullah SAW.Kata Saidina Uthman apabila diajukan Saidina Umar tentang puterinya Hafsah,"aku tida akan berkahwin hari ini.Siapakah yang dapat menggantikan Ruqayyah dalam taman Uthman?Walau pun telah setahun dia(Ruqayyah) kembali ke rahmatullah."


Saidina Umar bertambah sedih dengan jawapan yang diberikan oleh Saidina Uthman kepadanya.Beliau kemudiannya telah mengadu kepada Rasulullah SAW tentag dua sahabat yang telah menolak lamaran untuk puterinya(Saidatina Hafsah) yang tercinta.Lantas Rasulullah SAW berkata,"Sesungguhnya Hafsah akan berkahwin dengan lelaki yang lebih baik dari Uthman dan Uthman akan berkahwin dengan wanita yang lebih baik daripada Hafsah."


Saidina Umar pulang sambil otaknya ligat memikirkan kalam al-Mustafa SAW.Dia telah bertemu dengan Saidina Abu Bakar dan menyoalkan kembali apa yang telah disebut oleh Rasulullah SAW tadi.Saidina Abu Bakar tersenyum sambil berkata,"Rasulullah SAW akan mengahwini Saidatina Hafsah,dan aku tidak sesekali mampu meneka hikmah di sebalik penolakan ku kepadanya(Saidatina Hafsah).Baginda (Rasulullah SAW) akan mengahwininya.


Saidina Uthman pun terasa malu dan rendah diri apabila medengar ata-kata Rasulullah SAW.Beliau kemudiannya telah pergi menemui Rasulullah SAW dan meminta maaf ats tindakannya.Katanya,beliau sememangnya masih belum dapat menggantikan Ruqayyah di hatinya.Juga kerana beliau tidak mahu terputus hubungan kekeluargaan dengan Rasulullah SAW.Rasulullah SAW lalu mengataka bahawa dia kahwinkan Ummu Kalthum kepadanya.Ummu Kalthum adalah puteri Rasulullah SAW.


Hafsah adalah antara isteri Rasulullah SAW yang paling kuat cemburu terhadapp isteri-isteri Baginda yang lain.Cemburunya pernah membuatkan Rasulullah SAW menceraikannya tetapi wanita itu telah mendapat embelaan daripada Jibril bahkan Allah SWT menjamin Hafsah menjadi isteri Rasulullah SAW di Syurga.Rasa cemburu itu sebenarnya lahir daripada perasaan kasih dan cinta yang mendalam kepada Rasulullah SAW,suaminya yang merupakan kekasih Allah SWT.Beliau bukan sahaja seorang srikandi Islam agung yang banyak menghabiskan masa di bawah lembayung al-Quran serta kuat beribadah malah sangat rajin mengerjakan solat tahajjud serta ibadah sunat yang lain.Hafsah sangat rapat dengan isteri Rasulullah SAW yang bernama Aisyah.Mereka berdua umpama kakak dan adik yang selalunya sependapat dan tidak pernah berselisihan di antara keduanya.Begitulah akrabnya Aisyah dan Hafsah.


Namun begitu,bersempena namanya yang bemaksud singa,ditambah lagi dengan ayahnya Saidina Umar yang digelar al-Farouq,ketegasan dan kebengisan Umar amat diketahui.Faktor-faktor ini banyak mempengaruhi sikap dan sifat Saidatina Hafsah.Ditambah lagi dengan keadaan beliau yang pernah menjadi balu kerana kematian suami di medan perang.Ini membuatkan beliau cepat marah dan merupakan seorang yang beremosi.


Dengan sebab inilah Rasulullah SAW telah menceraikan Saidatina Hafsah dengan talak satu tapi telah kembali rujuk kepadanya.Daripada Ibn Saad katanya;"Rasulullah SAW telah  menceraikan Hafsah dengan talak satu tetapi bersegera rujuk kembali kepadanya.Ini kerana Jibril telah berkata kepada Baginda rujuklah kembali kepada Hafsah sesungguhnya dia adalah wanita yang kuat berpuasa dan merupakan isterimu di Syurga."Dan daripada Hamid Ibn Abas berkata,"Rasulullah SAW telah menceraikan Saidatina Hafsah dan kemudiannya Baginda telah diperintahkan Allah SWT untuk rujuk kembali kepada Hafsah dan Baginda telah merujuknya kembali."


Daripada Uqah Ibn A'meer katanya;"Rasulullah SAW telah menceraikan Hafsah binti Umar,sampailah berita ini kepada Saidina Umar telah melumurkan kepalanya dengan tanah sambil berkata,"Apakah yang telah Allah SWT bebankan ke atas Umar dan anak perempuannya(yakni Hafsah)".Maka telah turun malaikat Jibril keesokannya bertemu dengan Rasulullah SAW dan berkata kepada Baginda,"Sesungguhnya Allah SWT memerintahkan kepadaku untuk kembali keada Hafsah sebagai rahmat kepada Umar(rahmatan li Umar).

No comments:

Post a Comment