Saturday, January 11, 2014

Nasib anak PEREMPUAN....

Semenjak dua menjak ini,keselamatan dan maruah anak-anak remaja perempuan sering tergugat.Ada yang diculik,dirogol atau tidak pulang-pulang ke rumah.Di manakah silapnya dan apakah puncanya mereka mendapat nasib yang sebegitu menyedihkan?


Ana masih ingat lagi masa zaman ana.Madrasah jauh,kenderaan pula tiada.Hendak beli basikal tak mampu.Jadi ana dan kawan-kawan terpaksa berjalan kaki lebih kurang 30 minit.Alhamdulillah,walaupun kiri kanan semak-samun dan terpaksa meredah ladang getah,kami  masih pulang dengan selamat.Petangnya pula mengaji ke rumah ustazah terpaksa berjalan hampir 40 minit,tetapi tidak pernah di ganggu orag.Mak ayah pula tak menghantar,percaya sepenuhnya pada kami.


Berbeza sungguh dengan suasana sekarang.Pantang emk ayah terlepa,anak-anak dah dibawa lari orang.Bermain di taman permaian berhampiran un sudah tidak lagi selamat.Namun ana akui zaman sekarang banyak dugaannya.


Marilah kita renung,apa yang telah Allah SWT telah bekalkan untuk kita semua demi keselamatan dunia dan akhirat.Iaitu nikmat Islam dan iman.Islam telah menggariskan atau mensyariatkan perkara-perkara yang baik untuk kita taati.


Ana suka hendak mengingatkan terutama remaja perempuan,jagalah keselamatan diri dan maruah keluarga.Bagaimana?



Hiasi Diri dengan Sifat Malu
Kita hendaklah malu melakukan perkara-perkara yang dilarang Allah SWT.Misalnya melepak di tepi jalan raya,ketawa terkekeh-kekeh dan sebagainya.Lihatlah akhlak Rasulullah SAW,baginda terkenal memiliki sifat malu jika berbuat sesuatu yang menjatuhkan maruah Islam.


Lebih Suka Menetap di Rumah
Ini bermakna adik-adik menghabiskan banyak masa di rumah selepas masa di sekolah.Bukannya berkeliaran dengan kawan-kawan di taman,cyber cafe,pusat membeli-belah dan sebagainya.


Menutup Aurat
Sekiranya keluar rumah ketika ada urusan atau hendak bermain,pakailah pakaian yang menutup aurat.Tidak menampakkan anggota kecuali muka dan tapak tangan.


Bersahabat dengan Kawan-Kawan Perempuan yang Baik
Maksudnya kawan-kawan yang suka mengajak ita berbuat kebaikan,dan takut untuk melakukan dosa.Mereka juga orang yang boleh dipercayai dan tiada kepentingan diri.


Menjaga Pergaulan
Perkara ini paling hendak dijaga.tidak bergaul bebas dngan mana-mana Kita dibenarkan berhubung dengan mereka jika ada urusan penting sahaja.Itupun mesti ditemani kawan-kawan perempuan yang baik.



Ditemani Muhrim
Jika pulang dari kelas malam adalah lebih baik ditemani ayah atau saudara lelaki.Langkah berjaga-jaga ini demi keselamatan kita daripada kejahatan malam.Kejahatan sering berlaku pada waktu malam.

Amalkan sifat lebih suka berjalan dengan ibubapa atau abang.Apabila keluar bersama ibubapa,keselamatan akan lebih terjamin.


Jauhi Sikap Menunjuk-nunjuk
Jauhi sikap menonjol diri atau menunjuk di hadaan orang.Sama ada melalui pakaian,perbuatan dan sebagainya.Sikap ini menimbulkan kejadian yang tidak diingini berpunca dari sikap kurang berwaspada/

No comments:

Post a Comment