Tuesday, December 31, 2013

40 KELEBIHAN WANITA SOLEHAH

Kelebihan wanita berbeza dengan lelaki.Sekiranya mengetahui dan memahami,anda pasti bersyukur dilahirkan sebagai seorang wanita.Menghargai setiap keistimewaan yang diberikan Allah SWT itu akan menjadikan anda hamba yang taat.



  1. Doa wanita lebih makbul daripada lelaki berikutan sifat penyayang yang lebih daripada lelaki.Rasulullah SAW sendiri bersabda:"Ibu lebih peyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia."
  2. Wanita yang solehah(baik) itu lebih baik daripada 70 lelaki soleh.
  3. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya,darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah SWT dan orang yang takutkan Allah SWT akan diharamkan api neraka ke aas tubuhnya.
  4. Barangsiapa yang membawa hadiah(barang makanan ke rumah) lalu diberikan kepada keluarganya,maka pahalanya seperti bersedekah.Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki.Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuannya seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail a.s.
  5. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku(Rasulullah SAW) di dalam Syurga.
  6. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua saudara anak perempuan,lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab,maka baginya adalah Syurga.
  7. Daripada Aisyah r.a;"Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya,lalu dia berbuat baik kepada mereka,maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.
  8. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.
  9. Apabila memanggil akan engkau dua ibubapamu,maka jawablah panggilan ibumu dahulu.
  10. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu Syurga.Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.
  11. Wanita yang taat akan suaminya,semua ikan -ikan di laut,burung di udara,malaikat di langit,matahari dan bulan,semuanya beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya erta menjaga sembahyang dan puasanya.
  12. Aisyah r.a berkata;"Aku bertanya kepada Rasulullah SAW,siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita?jawab baginda,"Suaminya."Siapa pulak yang berhak terhadap lelaki?"Jawab Rasulullah SAW "Ibunya."
  13. Perempuan apabila sembahyang lima waktu,puasa di bulan Ramadhan,memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya,masuklah dia dari pintu Syurga mana sahaja yang dia kehendaki.
  14. Tiap-tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama,maka Allah SWT memasukkan dia ke dalam Syurga lebih dahulu daripada suaminya(10,000 tahun).
  15. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya,maka beristighfarlah para malaikat untuknya.Allah SWT mencatatkan baginya stiap hari dengan 1,000 kebaikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.
  16. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin,maka Allah SWT mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah SWT.
  17. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak,keluarlah dia daripada dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.
  18. Apabila telah lahir(anak) lalu disusui,maka bagi itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.
  19. Apabila semalaman(ibu) tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit,maka Allah SWT memberinya pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah SWT.
  20. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali.
  21. Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk daripada 1,000 lelaki yang jahat.
  22. Dua rakaat solat wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.
  23. Wanita yang memberi minum susu kepada anak daripada badannya(susu badan) akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susu yang diberikannya.
  24. Wanita yang melayani dengan baik suaminya yang pulang ke rumah dalam keadaan letih akan mendapat pahala jihad.
  25. Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suami yang melihat isterinya dengan kasih sayang akan dipandang Allah SWT dengan penuh rahmat.
  26. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjihad ke jalan Allah SWT dan kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk Syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya,akan menjadi ketua 7,000 malaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam Syurga,dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripada yakut.
  27. Wanita yang memerah susu binatang dengan "bismillah" akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan.
  28. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit diampunkan oleh Allah SWT akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah SWT memberi 12 tahun pahala ibadat.
  29. Wanita yang menguli tepung gandum dengan,'bismillah' ,Allah SWT aka berkatkan rezeinya.
  30. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala sama seperti menyapu di Baitullah.
  31. Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada siang hari dan pahala beribadat pada malam hari.
  32. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa manakala setiap kesakitan pada satu uratnya Allah SWT mengurniakan satu pahala haji.
  33. Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin,dia akan dianggap sebagai mati syaid.
  34. Jika wanita melayani suami tanpa khianat akan mendapat 12 tahun solat.
  35. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh(2 1/2 tahun),maka malaikat-malaikat di langit akan khabarkan berita bahawa Syurga wajib baginya. 
  36. Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang menangis,Allah SWT akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.
  37. Jika wanita memicit suaminya tanpa disuruh akan mendapat pahala 7 tola emas dan jika wanita memicit suami bila disuruh akan mendapat 7 tola perak.
  38. Wanita yang meninggal dunia dengan keredaan suamna akan memasuki Syurga.
  39. Jika suami mengajar isterinya satu masalah akan mendapat pahala 80 tahun ibadat.
  40. Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah SWT di akhirat,tetapi Allah SWT akan datng sndiri kepada wanita yang memberati auratnya iaitu memakai purdah di dunia dengan istiqamah.

No comments:

Post a Comment