Saturday, December 7, 2013

HUKUM MENCIUM ISTERI DI SIANG HARI PADA BULAN RAMADHAN

Mencium isteri adalah sebahagian daripada kasih sayang,cinta dan perhatian daripada suami.Kebiasaannya,apabila hendak meninggalkan isteri seperti pergi bekerja,si suami akan mencium isterinya dahulu.Hukum asalnya adalah mubah(harus),bahkan boleh jadi ibadah ibadah jika diniatkan untuk menunaikan perintah Allah SWT sebagaimana yang disebut dalam Surah al-Nisa' ayat 19 yang bermaksud:"Dan bergaullah dengan mereka(isteri-isterimu) dengan cara yang makruf(baik)."


Salah satu cara bergaul dengan isteri cara yang makruf iaitu dengan menciumnya.Kebiasaan suami mencium isteri itu tidaklah salah dan dibenarkan oleh syariat kerana Rasullullah SAW juga melakukan demikian,bahkan pada bulan Ramadhan.Dalam hal ini,Aisyah r.a pernah berkata dalam riwayat Muslim:"Rasullullah SAW mencium dan menyentuhnya dalam keadaan puasa."Dalam riwayat yang lain:"Baginda menciumnya pada bulan Ramadhan dan baginda sedang berpuasa."


Begitu juga dengan isteri yang lain dalam sebuah hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim,daripada Ummu Salamah:"Nabi SAW mencium isterinya dalam keadaan berpuasa."


Pernah Umar bin Abi Salamah bertanya kepada Rasullullah SAW :"Bolehkah orang yang sedang berpuasa mencium?Jawab Rasullullah SAW :"Tanyalah kepada orang ini(sambil menunjuk kepada Ummu Salamah).Kemudian Ummu Salamah memberitahu bahawa Rasullullah SAW melakukannya.Lalu Umar bin Abi Salamah berkata:"Dosamu telah diampuni,baik yang lalu mahupun yang akan datang."Rasullullah SAW bersabda:"Demi Allah,akulah orang yang paling bertaqwa dan takut kepada-Nya."(Riwayat Muslim)


Atas dasar beberaapa hadis yang dikemukan,sebahagian ulama berpandangan bahawa mencium isteri pada siang hari bulan ramadhan itu harus dan tidak ada halangan melakukannya.Namun ada sebahagian ulama berpandangan jika cium itu disertai dengan syahwat,maka hukumnya makruh kerana unsur puasa itu adalah menahan syahwat.Pandangan kedua ini berhujah bahawa Nabi SAW ketika mencium isterinya pada bulan Ramadhan tidak disertai syahwat?Perkara tersebut agar sukar buat manusia biasa.


P/S:Ana menyarankan agar suami-suami cuba menghindari daripada mencium isteri pada siang hari bulan Ramadhan kerana bimbang ketika mencium dapat merangsang syahwat dan menimbulkan keinginan untuk melakukan hubungan suami isteri.Seperti yang kita maklum,melakukan hubungan suami isteri adalah suatu yang dilarang dalam bulan puasa.Justeru tundalah keinginan anda untuk mencium isteri hingga waktu berbuka.Lebih-lebih lagi bagi pasangan yang baru berkahwin.Wallahua'lam.

No comments:

Post a Comment