Sunday, December 1, 2013

ADA APA PADA AISKRIM

Sebut sahaja aiskrim,pasti anda sudah terbayangkan kelazatan dan keenakkannya.Apatah lagi sering dijadikan sebagai pencuci mulut utuk dinikmati seisi keluarga serta di majlis-majlis tertentu.

Anda boleh menikmatinya dalam pelbagai perisa dan paling hebat apabila ia menggunakan perisa asli dan bukannya perisa tiruan.Penyediaannya yang ringkas,cepat dan mudah juga menjadikan ia menu pilihan kaum ibu terutamanya ketika bersantai bersama keluarga.Sifat semulajadinya yang lembut,manis dan berwarna-warni amat sesuai dijadikan hidangan hari-hari istimewa dan sebagainya.Pun begitu,ramai yang memberikan tanggapan negatif terhadap 'snek' kesukaan ramai ini biarpun pada hakikatnya terdapat pelbagai keistimewaan.Umpamanya dapat menaikkan mood serta mewarnai kehidupan seseorang bergantung kepada warna,rasa dan aromanya.Tidak kurang juga dengan pelbagai mitos berkaitan dengannya umpamanya ia dikatakan menggemukkan,tidak baik untuk kesihatan,menyebabkan batuk dan sebagainya.

Sudah dikenali sejak 400 tahun sebelum Masihi,aiskrim sebenarnya hidangan yang paling popular di dunia.Kandungan nutrien aiskrim sebenarnya bergantung pada jumlah susu(lemak susu da susu pejal tanpa lemak) di dalamnya.

Telah melalui proses pembekuan dan semi padat,pakar kesihatan kanak-kanak mengesahkan kewujudan unsur kalsium didalamnya.Kalsium adalah nutrien yang sangat baik untuk proses pertumbuhan tulang dan gigi,proses pembekuan darah,fungsi kerja otot-otot termasuk otot jantung,metabolisme,sistem pernafasan dan sebagainya.

Makanan yang dihasikan daripada gabungan susu serta lelemak,pemanis atau gula  dan bahan-bahan perisa ini adalah sumber yang membekalkan kalsium kepda anak-anak anada.Jadi,tidak perlu risau sekiranya anak anda sukar minum susu(untuk kalsium) kerana mereka boleh memperolehnya di dalam makanan kesukaannya iaitu aiskrim.

Ramuan lain termasuk gelatin sebagai penstabi dan pengemulsi seperti agar-agar atau carragenan yang diambil darpada rumai laut.Gelati akan mengekalkan aiskrim daripada cepat cair dan pada masa yang sama akan memberikan tekstur yang licin(tidak kasar atau berpasir).Selain itu perisa ais yang pelbagai,antaranya coklat,vanila,kopi,pudina dan sebagainya serta berbagai-bagai kekacang yang dijadikan perisa juga mempunyai nutrien yang tersendiri.

Malah,jangan terkejut kerana hidangan aiskrim sebenarnya telah popular sejak zaman Rom lagi.Ia dipercayai mempunyai manfaat untuk kesihatan iaitu dikatakan dapat memulihkan seseorang yang diserang virus influenza.Oleh itu,apa kata anda menukarkan sahaja 'snek' ataupun hidagan pncuci mulut anda kepada aiskrim berbanding hidangan yang lain yang belum tentu lagi nutriennya.


MITOS MENGENAI AISKRIM



  1. Mengemukkan
  2. Penyebab batuk
  3. Tidak baik untuk kesihatan
  4. Tidak baik untuk demam

No comments:

Post a Comment