Sunday, December 1, 2013

10 KELEBIHAN SOLAT TAHAJJUD


  • SOLAT SUNAT YANG SANGAT DIANJURKAN

Pada awalnya solat tahajjud(solat malam)adalah solat yang diwajibkan kepada Nabi SAW iaitu sebelum turun perintah solat wajib lima waktu.Berfirman Allah SWT:
"Pada malam hari,hendaklah engkau solat tahajjud sebagai tambahan bagi engkau.Mudah-mudahan Tuhan mengangkat engkau ke tempat yang terpuji."(Al-Isra'17:79)

Setelah turun perintah solat lima waktu,maka solat tahajjud merupakan solat yang sangat dianjurkan untuk dilaksanakan.


  • SOLAT YANG UTAMA SESUDAH SOLAT FARDU

Selain sangat dianjurkan,solat malam juga merupakan solat yang paling utama setelah solat lima waktu sehari semalam.Bersabda Nabi Muhammad SAW:"Seutama solat sesudah solat fardhu ialah solat sunat di waktu malam."(Riwayat Muslim)

Nabi SAW bersabda lagi;"Puasa yang paling utama setelah puasa Ramadhan dalah puasa(sunat) pada bulan Allah SWT iaitu bulan Muharram.Sedangkan solat yang paling utama setelah solat wajib adalah solat malam(tahajjud)."(Hadis riwayat Imam Muslim dalam sahihnya,kitab al-Shiyam,no 1163)


Ternyata ibadah yang didalamnya terdapat doa-doa,zikir-zikir,permintaan-permintaan dan permohonan ampun adalah solat.Maka selayaknya solat yang paling utama setelah solat fardhu ini dilaksanakan pada sepertiga malam yang akhir.


  • JALAN KE SYURGA

Melakukan solat malam saat manusia lain sedang tidur adalah salah satu daripada empat perkara yang menjadi asbab seorang selamat ke Syurga.Sahabat Abdullah bin Salam mengatakan,bahawa Nabi SAW telah bersabda:"Hai sekalian manusia,serba luaskanlah salam dan berikanlah makanan serta solat malamlah di waktu manusia sedang tidur,supaya kamu masuk Syurga dengan selamat."(Riwayat Tirmizi)


  • BEROLEH KURNIA ISTIMEWA DARIPADA ALLAH


Orang-orang yang sentiasa melakukan solat tahajjud akan diberikan keistimewaan oleh Allah SWT dengan suatu keistimewaan yang tidak diperoleh oleh orang-orang yang tidak mengerjakannya.Ini ditegaskan oleh Allah SWT dalam firman-Nya:
"Apabila kamu hai orang-orang musyrik yang lebih beruntung atau orang-orang yang beribadat di waktu malam dengan sujud dan berdiri,dalam keadaan takut kepada(azab) akhirat dan mengharapkan rahmat Tuanya?Katakanlah,'Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak megetahui?Sesungguhnya hanya orang-orang yang berakallah yang dapat menerima pelajaran.'(Az-Zumar 39:9)

Orang yang beribadat malam(berqiamulail) dengan bertahajjud dan ibadah-ibadah yang lain dianugerahkan keuntungan besar di dunia dan akhirat.


  • MENCEGAH DOSA DAN MENGHALAU PENYAKIT


Solat malam yang kita kerjakan itu adalah sebagi salah satu jalan bagi kita untuk mendekatkn diri kepada Allah SWT sebagai penebus segala keburukan pencegah dosa dan menghindarkan penyakit daripada tubuh kita.Perhatian kepada mereka yang diuji dengan penyakit,selain merawat sakit secara mengambil ubat-ubatan tertentu,ubatlah juga penyakit anda itu dengan pesanan dan nasihat daripada Nabi SAW berikut.Pada solat malam(tahajjud) ada unsur-unsur penyembuhan.Penyembuhan  rohani dan jasmani.

Salman al-Farisi r.a berkata bahawa Rasullullah SAW bersabda;"Kerjakanlah solat malam sebab itu dalah kebiasaan orang soleh sebelim kamu,juga suatu jalan untuk mendekatkan diri kepada Tuhanmu,penebus segala keburukan,pencegah daripada melakukan perbuatan dosa dan dapat menghalau penyakit dari badan."



  • MUSTAJAB DOA


Bersabda Rasullullah SAW:"Sesungguhnya pada waktu malam ada satu saat(waktu).Seandainya seorang Muslim meminta suatu kebaikan di dunia mahupun di akhirat kepada Allah SWT,nescaya Allah SWT akan memberinya.Dan itu berlaku setiap malam."(Riwayat Muslim)

Nabi SAW bersabda lagi:"Pada tiap malam Tuhan kami Tabaraka wa Taala turun(ke langit dunia) ketika tinggal sepertiga malam yang akhir.Ia berfirman:"Barangsiapa yang menyeru-Ku,akan Aku perkenankan seruannya.Barangsiapa yang meminta kepada-Ku,Aku perkenankan permintaannya.Dan barangsiapa meminta ampunan kepada-Ku,Aku akan ampuni dia."(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Namun,sayangnya ramai umat Islam kala ini tidak memanfaatkan peluang besar ini.Manusia meninggalkan satu anugerah Allah SWT yang sangat besar dek keran tenggelam di dalam runtunan nafsu yang tidak pernah puas dan tidak pernah kenyang daripada kerehatan yang panjang.

Bagaimana mahu mengetahui sesuatu amalan itu lebih besar pahalanya dari amalan yang lain?

Amalan yang paling besar pahalanya ialah amalan yang paling besar tuntutan kesabarannya dan amalan yang paling nafsu tak suka dan tak setuju.Sudah tentu nafsu tak suka seorang hamba yang berusaha bangun membersihkan diriya di sepertiga malam lalu melakukan solat malam serta khusyuk beribadah kepada Allah SWT.Manakala syaitan pula akan bersekongkol dengan nafsu agar manusia terhalang daripada kebaikan dan keampunan Ilahi.



  • DIANUGERAHKAN 9 KEMULIAAN


Rasullullah SAW bersabda:"Barangsiapa mengerjakan solat Tahajjud dengan sebaik-baiknya dengan tata terti yang rapi,maka Allah SWT akan memberikan sembilan macam kemuliaan,lima di dunia dan empat di akhirat."

5 keutamaan di dunia ialah;


  1. Akan dipelihara oleh Allah SWT daripada segala macam bencana.
  2. Tanda ketaatannya akan tampak kelihatan di mukanya.
  3. Akan dicintai para hamba Allah SWT yang soleh dan dicintai oleh semua manusia.
  4. Lidahnya akan mampu mengucapkan kata-kata yang mengandungi hikmah.
  5. Akan dijadikan orang bijaksana,yakni diberi pemahaman dalam agama. 


4 keutamaan di akhirat iaitu;



  1. Wajahnya berseri ketika bangkit dari kubur di Hari Pembalasan nanti.
  2. Akan mendapat keringanan ketika dihisab.
  3. Ketika menyeberangi jambatan Siratulmustaqim,biasa melakukannya dengan sangat cepat,seperti halilintar yang menyambar.
  4. Catatan amalnya diberikan di tangan kanan.



  • MENDAPAT KASIH SAYANG ALLAH SWT


Rasulullah SAW bersabda:"Allah SWT menyayangi seorang lelaki yang bangun untuk solat malam,lalu membangunkan isterinya.Jika tidak mahu bangun,maka percikkan kepada wajahnya dengan air.Demikian pula Allah SWT menyayangi perempuan yang bangun solat malam,jugaa membangunkan suaminya.Jika menolak,mukanya direnjiskan air."(Riwayat Abu Daud)



  • TERCATAT DARI KALANGAN ORANG YANG BANYAK MENGINGATI ALLAH SWT


Bersabda Nabi SAW:"Jika suami membangunkan isterinya untuk solat malam hingga kedua-duanya solat dua rakaat,maka tercatat kedua-duanya dalam golongan(perempuan atau lelaki) yang selalu berzikir."(Riwayat Abu Dawud)



  • SAAT PALING HAMPIR DENGAN ALLAH SWT


Selanjutnya Nabi SAW bersabda:"Saat yang paling dekat di antara Allah SWT dan hamba-Nya adalah pada tengah malam terakhir,apabila kamu boleh menjadi sebahagian daripada mereka yang mengingati Allah SWT pada saat itu maka lakukanlah."(Riwayat Tirmizi)

Menjadi misi dan visi hamba yang beriman untuk sentiasa dekat,hampir dan akrab dengan Allah SWT di setiap masa dan ketika sepanjang hidupnya.

No comments:

Post a Comment