Monday, November 4, 2013

JANGAN MENILAI.....

Jangan menilai orang dari segi rupanya,
walau dia hodoh, selekeh,muka tahap lonkang.
kerana si pendek tak menawan,Julaybib r.a dilihat dikejar-kejar bidadari syurga oleh Rasulullah.

Jangan menilai orang dari segi harta atau pun status jawatan yang tinggi.
kerana sepatu emas firaun ada di neraka,
sedang terompah si hamba miskin Bilal bin rabbah, terdengar-dengar bunyinya di syurga oleh Rasulullah.

Jangan melihat orang pada masa lampaunya,
walau dia dulunya ibarat syaitan bertopeng manusia,
kerana si Khalid al- walid dulunya si penentang tegar agama ALLAH,
akhirnya menjadi si Pedang ALLAH;

Jangan menilai orang dari mata kasar kita,
apa yang mata kita nampak,
mungkin tidak sama seperti apa yang ALLAH aturkan untuk dia.
buruknya dia sekarang, jahatnya dia sekarang
mungkin akan jadi asbab, Tersedu-sedunya dia dalam sujud suatu hari nanti.

Berilah kesempatan orang untuk berubah,
kerana Si Umar al kattab yang dulunya yang hampir membunuh Rasulullah pun,
kini istimewa terbaring di sebelah makam Rasullullah.

Siapalah kita untuk 'judge' dan menghukum.

1 comment: