Friday, October 4, 2013

MATI DI DALAM PERIGI

Rasulullah SAW sangat menyayangi para sahabat baginda.Kita  juga hendaklah mengasihi dan menyayangi para sahabat Rasulullah SAW.Tidak boleh menghina atau memburuk-burukkan mereka.

Mereka telah memberikan pengorbanan yang sangat besar membantu perjuangan Rasulullah SAW.Meeka tidak pernah mengingkari perintah Allah dan Rasul-Nya.Walaupun ada cerita tentang serang sahabat bernama Sa'labah yang dikatakan tidak mahu membayar zakat,kisah tersebut tidak berasaskan sumber yang sahih.

Muliakanlah namanya sepertimana kita memuliakan nama dan kedudukan para sahabat Rasulullah SAW yang lain,iaitu dengan tidak mengada-adakan cerita yang dusta mengenai mereka.



SAHABAT RASUL DIFITNAH


Suatu masa,seorang sahabat Rasulullah SAW telah dituduh merampas tanah milik seorang wanita.Nama sahabat itu Said bin Zaid r.a.Said dituduh oleh wanita yang bernama Arwa binti Uwais.

Tidak cukup dengan menuduh,Arwa membawa hal itu ke pengetahuan khalifah yang berkuasa pada masa itu iaitu Marwan bin al-Hakam.Said bin Zaid pun dipanggil menghadap khalifah.Panggilan itu disambut tanpa sedikit pun rasa takut.

"Aku tidak bersalah,"kata Said.menjawab tuduhan yang dibacakan ke atasnya.

"Apa hujah kau mengatakan kau tidak bersalah?"tanya khlifah pula.

"Munasabahkah aku mengambil tanah Arwa sedangkan perbuatan itu ditegah oleh Raslulullah SAW?'jawab Said.Lalu dibacakn sabda Rasulullah SAW,"Sesiapa yang mengambil sejengkal tanah dengan cara yang zalim akan dibenamkan Allah SWT orang itu ke tujuh lapisan tanah."

Khalifah Marwan tiak lagi berani mempersoalka hujah Said kerana yang dibacakan itu adalah hais,diterima daripada Rasulullah SAW sendiri.Said bin Zaid r.a pun dibebaskan.


TIBA-TIBA MATANYA BUTA

Walaupun begitu,Sai dberdoa juga kepada Allah SWT,meminta supaya ditunjukka kebenaran.Mudah-mudahan menjadi ikhtibar dan peringatan kepada orang lain..."Ya Allah!Andainya dia(Arwa)berdusta,gelapkanlah pandangannya dan matikan dia di tanahnya sendiri."

Suatu hari,Arwa berjalan-jalan di kebunnya.Tiba-tiba pandangannya,menjadi kabur.Kemudian beransur-ansur gelap dan akhirnya matanya menjadi buta!

Arwa sudah tidak dapat melihat apa-apa.Dia melangkah mengikut kakinya sahaja.Akhirnya dia terjatuh ke dalam sebuah perigi.Matilah Arwa di dalam perigi itu aibat daripada perbuatan jahatnya terhadap seorang sahabat Rasulullah SAW.

No comments:

Post a Comment