Tuesday, June 25, 2013

AKU RINDU!!!!!!!!



 Sukmaku bersuara,
Rinduku padamu berbicara,
Kadang lepas di hati sayu,
Kadang dalam jiwa rasa pilu,
Bertanya mengapa kita tidak saja bersatu.



Kadang tidak tertahan,
Kadang rasa mahu dilepaskan,
Tetapi tahu akhlak masih menjadi batasan,
Tinggal aku rindu,
Sungguh aku memerlukan belas&kasihan.




Kadangkala airmata seperti mahu mengalir,
Rasa tidal lagi mampu bertahan.
Takut nanti tersungkur dalam dugaan,
Sungguh aku memerlukan kekuatan.


Wahai kasihku,apakah engkau punya jawapan?

***********************************

Oh cintaku,
Janganlah engkau dipeluk kelemahan,




Rindulah aku dalam doamu,
Dalam langkah ketaatanmu kepada-Nya,
biar Dia yang mengawal rindu ini,
Agar kekal dalam batasan-Nya.





Aku tidak akan lari,
Di sini aku sedia menanti,
Engkau turun mempersiapkan diri,
Menjemputku pada hari yang sama kita nanti,
Datanglah dengan pakaian Ilahi yang kau sedang sulami,
Sabar agar tiada cacat celanya nanti,
Luahlah rindumu dengan pelbagai amalan kebaikan,
Agar Tuhan kita mencurahkan keberkatan.
Sibukkan dirmu wahai saktiku,
Agar nanti engkau tidak lemah kala memimpinku.

No comments:

Post a Comment