Friday, June 22, 2012

NABI CINTAI BELAJAR

Dalam peperangan Badar,kaum Muslimin telah beroleh kemenangan besar ke atas orang-orang kafir Quraisy Makkkah.Mereka berjaya membunuh 70 orang tentera Quraisy dan menawan 70 orang yang lain.Sedangkan di pihak Islam hanya 14 orang sahaja yang syahid dan tidak ada seorang pun yang menjadi tawanan.


Nabi Muhammad SAW menyuruh setiap tawanan iu menebus diri mereka masing-masing dengan jumlah-jumlah tertentu.Manakala bagi yang tidak berkemampuan pula disuruh menjadi guru mengajar anak-anak Islam menulis dan membaca.


Apakah ikhtibar yang boleh sodiqoh-sodiqoh ambil daripada tindakan Nabi itu?Ia menunjukkan betapa baginda SAW sangat memberikan perhatian terhadap ilmu pengetahuan.Hingga disuruh orang-orang kafir mengajar anak-anak Islam menulis dan membaca.


HADIRI MAJLIS ILMU


Suatu hari Nabi Muhammad SAW bertemu dua kumpulan kaum muslimin.Satu kumpulan sedang beibadah sambil bermohon dan berdoa kepada Allah SWT,manakala satu kumpulan lagi sedang mengadakan majlis ilmu.Kedua-duannya baik,tetapi Nabi memilih yang terlebih baik.



Nabi SAW memilih majlis ilmu yang sedang berlangsung.Baginda duduk bersama-sama kumpulan kaum Muslimin yang hadir dalam majlis tersebut.Walaupun baginda seorang Nabi dan orang yang paling alim serta paling berilmu di kalangan sekalian manusia,Nabi tetap cinta kepada ilmu pengetahuan.


Malah pada bulan Ramadhan,Nabi SAW akan bertadarus al-Quran dengan Malaikat Jibril a.s.Nabi membaca dan Malaikat Jibril mendengar sambil menyemak bacaan Nabi.Ia juga termasuk dalam proses belajar.



Nabi SAW bersabda;"Ilmu itu merupakan khazanah(perbendaharaan).Anak kuncinya ialah bertanya.Kerana itu bertanyalah kamu,kerana dengan bertanya itu akan diberikan ganjaran empat golongan.(Iaitu)orang yang bertanya,orang yang mengajar,orang yang mendengar dan orang yang mencintainya."
(Riwayat Abu Na'im daripada Saidina Ali K.W.)

No comments:

Post a Comment