Friday, June 22, 2012

AKHIRNYA IBUNYA ISLAM

Ada seorang sahabat Rasulullah saw bernama Abu Hurairah r.a.Beliau terkenal sebagai seorang sahabat yang paling banyak meriwayatkan hadis.Beliau sangat cinta kepada Rasulullah saw.Walaupun sudah memeluk Islam,beliau masih merasa resah dan gundah.Abu Hurairah merasa begitu kerana ibunya tidak mahu menerima ajaran Islam.Berkali-kali sudah diajak tetapi dia tetap menolak.


Suatu hari,ibunya telah mengeluarkan kata-kata kesat terhadap Rasulullah saw.Abu Hurairah r.a. merasa sangat sedih.Disebabkan terlalu sedih dengan perbuatan ibunya itu,Abu Hurairah menangis.Beliau pergi mengadu kepada Rasulullah saw.


"Wahai Rasulullah,aku mengajak ibuku memeluk Islam tetapi dia menolak.Dia mengata-gata engkau dengan perkataan yang amat tidak baik.Tolonglah doakan supaya ibuku dan dia menerima Islam,"kata Abu Hurairah."


Abu Hurairah mengaminkan doa Rasulullah saw itu dengan sesungguh hatinya.Kemudian dia pulang dengan penuh harap dan yakin.Semasa Abu Hurairah sampai di rumah,ibunya sedang mandi.Beliau menunggu di luar kerana pintu rumahnya tertutup.Sebaik saja pintu dibuka,ibunya muncul dengan tersenyum.


Abu Hurairah seperti tidak percaya apabila mendengar ibunya melafazkan,"Aku bersaksi bahawa tidak ada Tuhan yang wajib aku sembah melainkan Allah.Dan aku bersaksi bahawa Muhammad itu adalah pesuruh Allah..."


Tergamam sebentar Abu Hurairah.Tidak jadi masuk ke rumah,sebaliknya bergegas pergi bertemu Rasulullah saw.Beliau menangis kerana terlalu gembira.Rasulullah saw menerima perkhabaran yang dibawa oleh sahabatnya itu dengan mengucapkan pujian kepada Allah SWT.

No comments:

Post a Comment