Wednesday, November 16, 2011

AKU RELA BERSENDIRIAN...


Memang hidup ini
Mengajar aku hidup bersendirian
Sepi itu adalah keindahan
Yang nyata menahan
Airmata yang jatuh
Berguguran menahan kesedihan



Bila bersendirian begini
Aku pasti ada ruang-ruang
Buat aku lebih memahami
Erti hidup yang sebenar
Tanpa sesiapa di sisi
Betapa yang indah ada pahitnya
Betapa yang pahit ada indahnya.



Tiada siapa dapat menahan
Bebas dari masalah yang datang
sendiri lagi
Bertahun aku tersiksa
Zahir dan batin
Kini aku pilih yang ini
Bersendirian dan mengingati Allah SWT
Dengan solat dan zikir
Berulang-ulang membaca Yassin
Agar segala kerunsingan didamaikan
Dengan amalan dan surah-surah suci
Bersendirian mengingati mati
Adakah lebih mulia di sisi Ilahi
Kerana yang pasti
Kematian adalah hakiki
Semua manusia melalui
Amalan-amalan masa duniawi.



Buat kawan-kawanku
Maafkan aku
Bila aku kata padamu
Adakalanya kita perlu bersendirian
Menangisi luka-luka lama
Berserahlah pada Ilahi
Untuk selama-lamanya.....

No comments:

Post a Comment