Sunday, June 12, 2011

SECEBIS KATA UNTUK KAUM HAWA


Untuk kita-kita saja...kaum Hawa tersayang,jika ada orang yang cakap kat kita dia suka kita, pasti hati rasa berbunga-bunga kan? Yela… ada orang suka kita, eee~sukanya! *<3* Tapi kan sayang,kita kena kejam jugak pada si dia tu.Jika kita pun suka dia, jangan cakap kat dia, tapi cakap kat DIA.Sebab Dia pun ulang2 kali sebut dalam kalam cinta Dia yang Dia pun sayang dan suka kat kita bila kita jadi orang baik. Better branded proud than cheap! Biarlah dia nak kata kita sombong, yang penting,Dia lagi-lagi sayangkan kita,sebab kita manja dengan Dia saja.Jangan risau tau,sebab jika Dia izinkan dia tu memiliki kita, pasti Dia akan memudahkan dia untuk hantar rombongan ke usrah kita.Kat situ,bolehlah,kita cakap,kita nak terima ke tak nak.So,jika dia tu suka kita, tapi kacau2 kita,mesej kita call-call tu tandanya dia tak hormat kat kita sebagai muslimah yang jaga hati dan akhlak.Tu tandanya sayang dia pada kita bukan kerana Dia,tapi nafsu semata-mata.Itu tandanya dia bukanlah adam yang boleh dipercayai untuk setia kat kita, sebab dia tak jaga hati dia dari maksiat dan dosa mengingati kita yang masih belum halal untuk dia.So,jika ada yang kacau-kacau kita tu, tak payah layan lah… hu5.Say sorry je.Huhuhu...Tak ada faedahnya pun layan.Jika dah suka sama suka, tak kira la duk belajar lagi ke,dah kerja ke, masing-masing doa saja,moga-moga Dia lorongkan jalan untuk masing-masing bersatu dalam iman,dalam redha Dia, dan dilimpahkan rahmah dan mawaddah buat baitulmuslim yang terbina. Boleh ya sayangku kaum hawa?Salam sayang dari ana....


p/s:Fahamkan siapa dia dan siapa Dia ya....

No comments:

Post a Comment