Sunday, June 12, 2011

MATA ANUGERAH ALLAH SWT



Yang menjadi fitnah bukanlah kerana mata itu indah dan mempesonakan sahaja,bukan pula kerana wanita itu memiliki bulu mata yang panjang dan alis mata yang lentik sehingga dengan mudah menerobos ke dalam hati tanpa izin,bukan pula kerana anak mata yang hitam berkilat atau yang kebiru-biruan.Tetapi sebenarnya yang menjadi fitnah itu ialah kemampuan mata wanita itu menyatakan keinginan hatinya,melontarkan pandangan yang lembut,seolah-olah dia memanggil dan mengajak pada suatu ketika,dan dia menjanjikan sesuatu pada ketika yang lain.




Katakan tidak!Kita bukan golongan yang mengundang fitnah ini.
Katakan tidak!Kita bukan kumpulan yang membawa mudharat kepada kaum lelaki.Sebaliknya,mari kita sama-sama berdoa,berharap dan berusaha akan termasuk di kalangan wanita yang di maksudkan oleh Nabi SAW:'Dunia adalah perhiasan,seindah perhiasan adalah WANITA SOLEHAH.'

No comments:

Post a Comment